Skip to main content

RANCANGAN IBLIS

IBLIS dan ahli-ahlinya sedang berMESYUARAT. "Kita ada tugas besar. Selama ini kekuatan kita lumpuh sebab gagal menghalang mereka mendekatkan diri kepada ALLAH dan Utusan-NYA, Muhammad. Sekarang kita guna taktik berbeza. Biarkan saja mereka pergi ke Masjid untuk bersolat, baca Al Quran dan mencari ilmu kebenaran. TAPI CURI WAKTU MEREKA dengan membisikkan hal-hal duniawi supaya mereka tidak khusyuk solat, baca Quran dalam keadaan lalai dan berbual kosong semasa ilmu sedang disampaikan.

"Awasi kegiatan mereka sepanjang hari. Ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka. Rayu mereka supaya BERBELANJA dan BERHUTANG. Pujuk isteri mereka bekerja di luar rumah sepanjang hari dan suami mereka bekerja 6 sampai 7 hari seminggu, 9-12 jam sehari sehingga hidup mereka terasa kosong kalau tak sibuk bekerja. Jangan biarkan mereka luangkan masa bersama keluarga.”

“Bila keluarga tidak harmoni, mereka akan rasa rumah bukan tempat melepaskan lelah selepas balik kerja. Dorong terus cara berfikir seperti itu hingga mereka tidak rasa tenang duduk di rumah. Hasut mereka supaya mainkan muzik selama mereka berkenderaan. Dorong mereka menonton drama dan movie di rumah sepanjang hari.” 

“Biarkan muzik terus bergema di restoran dan mall. Ini akan mempengaruhi minda mereka serta merosakkan hubungan mereka dengan ALLAH dan Rasul-NYA. Penuhkan meja di rumah mereka dengan majalah dan tabloid gosip. Serang mereka dengan berbagai iklan di jalanan. Banjiri peti surat mereka dengan informasi tidak berguna." 

"Goda para suami dengan imej wanita seksi yang bersepah dalam iklan majalah dan TV  hingga mereka tidak lagi tertarik dengan isteri masing-masing. Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, sering sakit kepala dan tidak  dapat melayan cinta yang diinginkan suami. Bila suami mula mencari hiburan di luar, cepatlah rumah tangga mereka diretak dan dirobohkan.”

“Sibukkan ibu bapa dengan hal-hal kehidupan hingga tidak sempat mengajar anak-anak cara bersolat, tidak ada masa untuk bersilaturahim, apa lagi belajar amal makruf nahi mungkar dan gagal mendekati ALLAH dan Rasul-NYA. Arahkan hati mereka ke tempat hiburan, gym, konsert, panggung wayang dan pusat rekreasi yang melekakan. Jika mereka berjumpa orang soleh, bisikkan gosip tidak berfaedah supaya mereka tidak dapat apa-apa kebaikan. Biar mereka sangka rezeki dan kesihatan keluarga mereka adalah hasil usaha mereka sendiri, bukan atas izin ALLAH”.

APAKAH RANCANGAN IBLIS AKAN BERJAYA? KITALAH YANG MENENTUKAN...
JOM MAIN GAME

GURU:
“ Hari ni cikgu nak buat satu permainan. Cikgu nak semua murid pandang depan. OK, tengok ni. TANGAN KIRI cikgu ada kapur. TANGAN KANAN cikgu ada pemadam.  Tengok tangan mana yang cikgu angkat. Bila cikgu angkat kapur, kamu semua sebutlah "Kapur!". Bila cikgu  angkat pemadam, katalah "Pemadam!". Faham semua?”

MURID:
“Faham!”

(Guru mengangkat tangan kanan dan tangan kiri berganti-ganti. Semakin lama semakin cepat.)

GURU:
"OK, sekarang cikgu nak angkat kapur, kamu sebutlah "Pemadam!". Bila cikgu angkat  pemadam, kamu katakanlah "Kapur!"

(Proses yang sama diulang seperti tadi. Mulanya murid-murid keliru dan kekok, tapi lama kelamaan mereka jadi terbiasa dan tidak kekok lagi. Selepas beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum).

GURU:
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya kita memang tahu membezakan dengan jelas mana yang benar, mana pula yang salah. Kemudian, musuh-musuh Islam datang nak paksa kita tukar yang benar menjadi salah dan yang salah jadi benar.”

“Pertama kali memang susah nak terima. Tapi mereka guna macam-macam cara yang menarik, akhirnya kamu jadi terbiasa dan boleh mengikutnya. Musuh-musuh tak pernah  berhenti membalik dan menukar nilai. Sekarang tabiat ber”couple” dah jadi biasa. Baju seksi seksa dipakai tanpa rasa malu. Hiburan melampau dan zina melambak. Materialistik sekarang jadi gaya hidup. Tanpa sedar SEMUA YANG BATIL DAN SALAH TAK LAGI RASA BATIL DAN SALAH!”




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...