Skip to main content

REZEKI


REZEKI datang kepada orang yang ada 'magnet rezeki' pada medan auranya.
Apakah yang dikatakan 'Magnet rezeki' pada medan aura itu? Ia adalah Aura berwarna TURQUOISE, atau hijau+biru. Aura ini gabungan energi cakra kerongkong+cakra jantung. 

Di alam semesta, frekuensi cahaya hijau muncul waktu 1/3 malam terakhir, waktu tahajud bagi orang Islam. Manakala frekuensi warna biru di langit muncul pada waktu solat subuh. Oleh itu, memposisikan gelombang minda di alfa-theta pada waktu 1/3 akhir malam sehingga solat subuh membuatkan medan aura menyerap aura ini sebanyak-banyaknya. Justeru, mereka yang rutin bangun 1/3 malam hingga subuh ini akan mengalami limpahan rezeki yang awesome. Sebenarnya Nabi s.a.w. sudah bagi hint melalui hadis yang bermaksud: "Dua rakaat solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Riwayat Muslim & Tirmizi)

Dalam konteks metafizik, masa akhir waktu tahajud dan permulaan masuk waktu solat subuh merupakan konsentrasi aura hijau-biru paling tinggi dan boleh diserap oleh sesiapa saja yang meletakkan gelombang mindanya di alfa-theta, bukan Beta (aktif) dan bukan juga Delta (tidur nyenyak).


Rezeki yang berkat datang kepada orang yang berhati bersih. Oleh itu bersihkanlah hati dengan zikrullah, banyakkan bertaubat dan berusaha mengenali Yang Maha Memberi Rezeki. Lakukan apa yang disukai-NYA, hindari apa yang dibenci-NYA. Syukuri segala nikmat dari-NYA. Mohon pertolongan dan bantuan dari-NYA. In sya ALLAH jalan-jalan rezeki akan terbuka luas.

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

…Ada orang mengundang rezeki dengan bersedekah makanan secara rutin kepada fakir miskin dan gelandangan jalanan.
…Ada orang mengundang rezeki dengan mencium tangan ibu dan minta didoakan.
…Ada orang mengundang rezeki dengan belanja makan orang tidak dikenali yang ditemuinya di gerai makan atau restoran.
…Ada orang mengundang rezeki, setiap kali setelah subuh dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al Quran hingga terbit matahari, lalu menatap langit langsung mengangkat tangan memohon doa.
…Ada orang mengundang rezeki, setiap Jumaat keuntungan hasil jualannya 100% disedekahkan kepada badan-badan amal kebajikan, pusat tahfiz dan yang seumpamanya. 
…Ada orang mengundang rezeki, setiap Jumaat dia tidak mengambil upah di atas  khidmat yang diberikan kepada orang lain. Tiap keringatnya penuh pahala.
…Ada orang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktu berjemaahnya di masjid.
…Ada orang mengundang rezeki dengan bersolat dhuha dan berdoa.
…Ada orang mengundang rezeki dengan bangun di 1/3 malam bersolat tahajud dan memohon doa. Allah redha, hidupnya pun berkat.
…Ada orang mengundang rezeki dengan menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
...Ada orang mengundang rezeki dengan memberi makan kepada burung-burung dan haiwan. 

 
Rezeki bukan datang dari majikan atau pelanggan, juga bukan berupa wang  dan kekayaan semata-mata. Rezeki itu ALLAH yang kurniakan.

Sesungguhnya, banyak lagi rezeki ALLAH yang belum kita syukuri. Kelancaran rezeki bukan ukuran sayangnya ALLAH kepada seseorang hamba. Mungkin juga kesenangan hidup itu adalah satu bentuk azab yang tidak disedari. Kalaulah ukuran sayangnya ALLAH itu dengan kemewahan hidup dunia, Qarunlah orang yang sepatutnya paling disayangi ALLAH. Tapi akhirnya ALLAH binasakan dia dengan ditelan bumi bersama-sama harta yang dibanggakannya.

Undanglah rezeki dengan cara yang diredhai-NYA. Buat apa sahaja kebaikan yang mampu mengundang banyak rezeki yang tidak disangka-sangka.

BILA NAMA TAK ADA ADA DALAM SENARAI ALLAH


TUKANG BESI: 
"Ustaz, kenapa saya rasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga..! Hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat nak dapatkannya?"

USTAZ:
"Ooooh..! Mungkin ALLAH juga sedang bosan dengan encik. ALLAH dah letih mencari tapi encik tak pernah ditemui di mana-mana. Dicari dalam kumpulan Solat Dhuha tak ada, kumpulan Sholat Tahajjud tak ada, kumpulan Puasa Sunnah tak ada, kumpulan yang selalu bersedekah pun tak ada juga. Encik tak hadir dalam kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, dalam kumpulan ibadah Umrah memanglah tak ada sebab encik tak berniat pun nak berumrah. Dicari-NYA encik di antara orang yang Khusyuk Solat, di majlis Maulidurrasul dan majlis Selawat, kumpulan yang menuntut ilmu Agama pun tak ada. Habis, di mana lagi boleh DIA mencari encik? Cuba beritahu!”

TUKANG BESI: (Menangis)

Hu hu hu … Astaghfirullah!!!

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...