Skip to main content

SEBAIK-BAIK MANUSIA



Sabda Rasulullah s.a.w.:
‎
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.
(Sahih Bukhari: 5027)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya.
(Sahih Bukhari: 6035)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik pembayaran hutangnya (Sahih Bukhari:2305)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan selamat dari kejahatannya.
(Sahih At-Tirmizi: 2263)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya.
(Sahih Ibn Hibban: 4177)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang memberi makan dan menjawab salam.
(Sahih Al-Jami': 3318)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang lemah lembut bahunya dalam solat (dalam saf solat untuk memberi ruang kepada saudaranya).
‎( خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة)
‎الترغيب والترهيب  234/1
‎أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya.
‎( خير الناس من طال عمره وحسن عمله )
‎صحيح الجامع 3297
 (Sahih Al-Jami': 3297)

Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling memberi manfaat kepada yang lain.
‎( خير الناس أنفعهم للناس )
‎صحيح الجامع 3289
(Sahih Al-Jami': 3289)

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang terbaik terhadap sahabatnya, sebaik-baik jiran ialah yang terbaik terhadap jirannya.
‎( خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره )
‎صحيح الأدب المفرد/84 

Sebaik-baik manusia ialah yang memiliki hati yang sejahtera (suci, taqwa, sifar dosa, sifar dendam, sifar dengki) dan lidah yang benar.
(‎( خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّاد* ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال :
‎(  هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد ) .
‎صحيح الجامع / 3291
(Sahih Al-Jami':3291)

Semoga Allah menjadikan kita semua sebaik-baik manusia.
جعلني الله واياكم من خير الناس

Dalam diri kita ada atau tidak ciri-ciri yang Nabi s.a.w sebutkan itu? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tidak ada, mari perbaiki diri agar kita jadi sebaik-baik manusia...  Tetapi, orang yang baik takkan mengaku dirinya baik! 


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...