Skip to main content

SIFAT SAHABAT PENYAYANG



KETIKA panas terik matahari membakar kulit dan ubun-ubun, siapa yang tidak ingin mencari pohon rendang untuk berteduh? Ketika tekak mulai mengering dan dahaga, siapa yang tidak menolak air putih yang menyegarkan?

Sahabat bagaikan pohon rendang memberikan keteduhan dan bagaikan air segar yang mengembalikan tenaga. 

Sahabat yang menasihati adalah sahabat yang sayang pada kita dan inginkan kebaikan buat kita. Sahabat yang membiarkan kita dalam kesalahan tanpa menasihati adalah sahabat yang menipu kita.

Sahabat yang soleh akan selalu membenarkan, di samping menasihati apabila kita salah. Inilah sahabat yang sebenar, bukan hanya sahabat saat bersenang-senang atau sahabat yang memuji basa-basi sahaja.

Sebuah ungkapan Arab berbunyi: "Sahabat sejatimu adalah yang senantiasa jujur (kalau salah diingatkan), bukan yang senantiasa membenarkanmu."
ㅤㅤㅤㅤ
Sahabat yang soleh juga akan selalu mendoakan sahabatnya. Apabila dia mendoakan sahabatnya, sedangkan sahabatnya tidak mengetahui, maka malaikat juga mengaminkan doa tersebut sambil mendoakan bagi yang mendoakan tadi, ertinya orang yang mendoakan juga dapat apa yang ia doakan kepada saudaranya.
ㅤㅤㅤㅤ
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
ㅤㅤㅤㅤ
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
ㅤㅤㅤㅤ
"Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendoakan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Tatkala dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: 'Aamiin.' Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi."_ [HR. Muslim] 



Andai bertemu dengan seseorang yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan aib atas nama kejujuran, menegur kelemahan atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukan seorang kawan tetapi saudara dan sahabat sejati yang sukar dicari...

Jangan berhenti menjadi sahabat dengan membuat kebaikan walau sekecil apa pun, kerana ... 
Mungkin, saat kita sedang tidur, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan yang ditujukan khusus untuk kita ...
...dari seorang faqir yang pernah kita tolong,
...dari seorang kelaparan yang telah kita beri makan,
...dari seorang yang sedih yang telah kita bahagiakan,
...dari seorang yang dihimpit kesulitan yang telah kita lapangkan.

USAH REMEHKAN

Comments

Popular posts from this blog

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...