Skip to main content

SIHAT ITU MURAH



ADA seseorang membuka perniagaan Zoo Haiwan.  

Di pintu masuk Zoo, dia meletakkan harga tiket RM10.00 seorang. Tetapi tidak ada orang yang ingin masuk. 

Disebabkan sudah lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun diturunkan lagi menjadi RM7.00, peliknya tetap juga tidak ada orang yang sudi masuk. Harga tiket diturunkan lagi menjadi RM3.00. Namun nasib tetap sama. 

Akhirnya dibuat pengumuman: 
"MASUK PERCUMA" 

Selepas itu ramai orang berebut-rebut hendak masuk. Ketika pengunjung di dalam kawasan Zoo telah penuh, si pemilik membuka semua pintu kandang binatang buas di Zoo tersebut. Maka singa, harimau, serigala, ular dan berbagai jenis haiwan lain pun berkeliaran ke sana ke mari. Pemilik kemudiannya mengunci pintu keluar Zoo tersebut! 

Di pintu KELUAR ditulis:
"Keluar Bayar RM100.00!!!" 

Ramai orang berebut-rebut membayarnya kerana hendak lari dari dibaham oleh haiwan liar zoo tersebut... TAKUT MATI!    

CERITERA HIDUP DAN MATI

Manusia KORBANKAN KESIHATAN DEMI WANG. Kemudian, manusia KORBANKAN WANG DEMI KESIHATAN. Lalu dia BIMBANGKAN MASA DEPAN hingga TIDAK DAPAT MENIKMATI MASA SEKARANG. Akhirnya dia TIDAK HIDUP DI MASA DEPAN ATAUPUN MASA SEKARANG. Dia HIDUP SEAKAN-AKAN TIDAK AKAN MATI, lalu dia MATI TANPA BENAR-BENAR NIKMATI APA ITU HIDUP.

Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyakkan berpuasa, minum air putih, kerap bersenam, makan makanan yang menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya, ramai  yang TIDAK PEDULI. 

Tetapi bila sudah terlantar di HOSPITAL, berapa mahal pun KOS PENGHOSPITALAN, manusia  berusaha keras untuk membayarnya sekalipun terpaksa menjual aset, berhutang dan sebagainya... semata-mata mahu meneruskan kelangsungan hidup dan takut mati. Ketika itu baru sedar bahawa "SIHAT LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT.. SIHAT ITU LEBIH MURAH!" 


Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...