Skip to main content

ALLAH TIDAK PERNAH TINGGALKANMU

SEBUAH kisah benar (dengan olahan) yang dikongsikan oleh Ustazah Asma' Harun


Beberapa tahun lalu seorang wanita membuka lipatan sejarahnya yang disimpan rapi. Seawal umurnya lebih kurang 6 tahun, dia menjadi mangsa sumbang mahram abang kandungnya. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Bukan sehari dua tapi bertahun-tahun. 

Usia dan tubuh kecil yang sangat naif, ketakutan dengan pelbagai ugutan si abang, dia hanya mampu mengetap bibir dan mengunci mulut. Bahkan ketika itu dia sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku ke atas dirinya. Perlakuan apakah itu. 

Sehinggalah apabila dia mula memahami, bermulalah kehidupan yang sungguh gelap gelita. Membesar sebagai remaja yang dalam fikirannya bisikan "Aku Kotor, Aku kotor", menghinakan diri sendiri. Tekanan mental dan emosi yang sangat dalam. Selalu dia berdoa dengan tuhannya, agar dijadikan gila supaya lupa. Mengharapkan mati agar sengsara terhenti. Seolah hidup tiada erti. Kerana tiada lagi harga diri. Dia tetap hidup namun berkali-kali rasa mati. Dia bertalu-talu menyebutkan, kenapa ALLAH MEMBIARKAN sahaja perkara itu berlaku ke atasnya, sedang ketika itu dia hanyalah anak kecil yang tak berdosa dan berdaya.

Dia wanita yang sangat baik, tinggi akhlak dan maruah diri. Solat dan al-Quran adalah temannya. Kerana itu dia sangat luar biasa, mudah sekali air matanya menitik dalam solat dan doanya. Rupanya hatinya sangat halus dan lembut. TUHAN mendidiknya dengan ujian berat sejak kecil. Dia berjaya memulihkan dirinya, kerana ALLAH ada dalam hatinya. 

Tahun-tahun berlalu. Dia kini memiliki seorang suami yang sangat baik dan penyayang, juga 4 orang cahaya hati. Pernah satu ketika dia menulis sesuatu, "SubhanALLAH, segala puji hanya bagi-NYA, ujian berat itu diringankan ALLAH dengan nikmat yang tak terhitung dan tak terucap dengan kalimah syukur. Allah telah memberikan kebahagiaan berupa kurniaan suami yang soleh dan anak-anak penyejuk hati, jika ku tahu begini indah gantinya, tidaklah dulu terlalu meratapi". 


Rasulullah s.a.w. pernah diuji oleh ALLAH dengan  perasaan dibiarkan, dihinakan dan tidak dipedulikan. 

Satu ketika wahyu tidak diturunkan ALLAH S.W.T. selama 6 bulan. Tidak pernah surat cinta daripada Sang Kekasih terputus begitu lama. Bayangkan jika kita terputus hubungan dengan yang dicintai. Berapa lama mampu bertahan, sejam atau sehari atau sebulan? 

Begitulah perihal keadaan Kekasih ALLAH S.W.T. resah gelisah, kerinduan dan menanti-nanti. Satu ketika Rasulullah s.a.w naik ke atas bukit, mengharap agar ada wahyu yang turun. Diulang-ulang pandangan ke langit, wahai Jibril dimanakah kamu. Kesedihan Rasulullah ketika ini digambarkan lebih berat daripada saat kehilangan anaknya. Tertanya-tanya adakah telah hilang perhatian ALLAH kepadanya, adakah dirinya bukan lagi seorang nabi, adakah dia melakukan kesilapan sehingga dihukum begini. ALLAHU ALLAH. Kekasih-MU benar-benar dalam lautan rindu. 

Kaum musyrik menebarkan fitnah menambahkan resah, 
"Tuhan Muhammad telah meninggalkannya.."
"Muhammad telahpun gila,angau, naik turun bukit mencari tuhannya yang telah hilang"
"Tuhan Muhammad mencari nabi yang baru".
Dan pelbagai cemuhan lagi.. ALLAHU ALLAH. 

Lalu turunlah wahyu yang sungguh indah
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالضُّحَى (١) وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى (٢) مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى (٣)وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى (٤) وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى    (٥) أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى (٦)وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى     (٧) وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى (٨) فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ (٩)وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ (١٠) وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ               (١١)

1. Demi waktu duha 
2. Dan demi malam apabila telah sunyi/kelam
3. Tuhanmu tidak pernah meninggalkan engkau (wahai Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.
4. Dan sungguh, yang kemudian itu (akhirat) lebih baik bagimu daripada yang permulaan (dunia),
5. Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
 6.Bukankah dahulu Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu).
7. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
8. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
9. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang.
10. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu menghardik(nya).
11. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).

Indahnya kalam Mukjizat ini, yang tersirat lebih mendasar ke hati. Sejarah ini sentiasa berulang-ulang. Hanya jalan cerita yang berbeza. Supaya umatnya faham bahawa dalam apa jua keadaan ALLAH TIDAK PERNAH MENINGGAKAN hamba-NYA yang tidak meninggalkan-NYA. ALLAH cuma minta kita bertahan kerana ada sesuatu untuk kita dalam pengetahuan dan kebijaksaan-NYA. 


Sesiapa yang masih dalam situasi yang sama, carilah seseorang dan keberanian untuk keluar daripadanya. Sesiapa yang telah melaluinya yakinlah Allah sangat dekat,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌَ ..

Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat...” (Al-Baqarah ayat 186)

Wahai Ibu Bapa, antara anak lelaki dan perempuanmu adakan perbatasan. Bukan tidak percayakan mereka, tapi berhati-hati itu lebih bijak. 






Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...