Skip to main content

APA ITU - DUNIA AKHIRAT IMAN



SEORANG Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi Menteri Agama. Maka dikurniakan istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Pada suatu hari Sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan. PERTAMA... Apa itu Dunia? KEDUA... Apa itu Akhirat?... KETIGA... Apa itu Iman ? Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja. Tak mahu syarahan yang panjang-panjang. Menteri Agama terpinga-terpinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya. Sultan pun jadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya.  Kemudian Sultan telah menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan bertitah bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya jika gagal memberi jawapan. Menteri dah tak dapat tidur, makan pun tak lagi berselera, cakap pun dah lain macam. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal. Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.


Tempoh yang diberi hampir tiba. Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Dia duduk termenung di bawah sebatang pokok besar mengenangkan nasib diri. Kemudian, Menteri terpandang seorang tua yang sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Diajaknya Menteri makan bersama. Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap langsung tidak berselera. Orang tua itu bertanya, "Tuan, nampak macam ada masalah ? Boleh hamba tolong ?

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syaratnya kepada orang tua yang baik hati.

Soalan pertama, apakah itu dunia? Maka dijawab orang tua itu, "Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing-masinglah..!

Soalan kedua, apakah itu akhirat? Maka dijawabnya lagi, "Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing-masinglah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman? Maka orang tua itu memberitahu, "Akan aku bagitau petang nanti selepas solat Asar!"

Bila waktu Asar, mereka solat berjemaah dan selepas solat itu, Menteri terus bertanya, "Apa itu iman ?" Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari. Orang tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga, dia mesti makan bersama anjing-anjing itu.

Menteri berfikir berkali-kali. "Makan dengan anjing ni najis berat. Tak makan nanti jawatan lesap, harta melayang, hidup susah dan melarat. Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ini." Fikir punya fikir akhirnya Menteri buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu! Apabila sahaja Menteri mula duduk dekat anjing-anjing itu, orang tua tadi memegang kolar bajunya dan berkata: 

"Wahai Tuan, inilah IMAN! Bagi orang yang ada iman, mereka sanggup rugi segala dunianya tapi tak sanggup melanggar perintah ALLAH. Orang yang tak ada iman, sanggup melanggar perintah ALLAH untuk selamatkan dunianya!!!" 

BUAT YANG TERALPA

Jangan sombong dengan kehidupan kita, kelak kita akan dibenci.
Jangan bangga dengan apa yang kita ada, semua itu pinjaman ALLAH semata. 
Jangan culas beribadah dan beramal, itulah yang akan membantu kita.
Jangan terlalu memikirkan dunia, nanti akhirat kita terlupa.
Jangan tinggalkan 5 waktu. Nanti kita tidak merana. 

Hati yang mengingat ALLAH dan Rasul-NYA akan sentiasa damai dan tenang dalam kehidupan seharian.



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...