Skip to main content

BAHAYA DAGING TIDAK BERTULANG


DALAM Islam tidak ada sesuatu yang dianggap ...°°Alah, ucapan biasa saja!°°.
Bukankah dengan ucapan:
~ Pernikahan menjadi sah?
~ Yang halal menjadi haram?
~ Suami - isteri menjadi berpisah?
~ seseorang boleh jatuh ke dalam Neraka?
~ seseorang bisa masuk ke Syurga?
~ seseorang menjadi Muslim?
~ seseorang menjadi murtad atau terkeluar dari Islam?
~ solat seseorang menjadi batal kerana cakap?
Abu Hurairah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘Terdapat  dua orang dari kalangan Bani Israel yang bersaudara. Salah seorang daripadanya sentiasa melakukan dosa dan seorang lagi seorang yang tekun beribadat. Pada satu hari pelaku ibadat mendapati saudaranya melakukan dosa maka dia berkata kepadanya: BERHENTILAH! Maka pelaku dosa menjawab: BIARKAN AKU DAN DEMI TUHANKU, adakah engkau diutuskan untuk memerhatikan aku? Maka kata pelaku ibadat: DEMI ALLAH, ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN UNTUKMU ATAU ALLAH TIDAK AKAN MEMASUKKANMU KE SYURGA.

Kemudian roh kedua-duanya dicabut dan mereka berkumpul di hadapan ALLAH.  
ALLAH berkata kepada pelaku ibadat: “Adakah kamu mengetahui semua urusan-KU atau engkau mengetahui semua ketentuan di tangan-KU?” Dan ALLAH berkata kepada pelaku dosa: “PERGI, DAN MASUKLAH KE SYURGA DENGAN RAHMATKU.” Dan ALLAH berkata kepada pelaku ibadah: “PERGILAH KAMU KE NERAKA.”

Abu Hurairah r.a. berkata: “Dan demi jiwaku berada di tangan-NYA, sepatah ucapan boleh membinasakan dunianya dan akhiratnya.” (Riwayat Abu Daud).

Kita dilarang bersumpah dengan nama ALLAH dan mendahului ketentuan di tangan ALLAH dengan bersangka buruk, bahawa ALLAH tidak akan mengampunkan seseorang. Akibatnya Allah memasukkannya ke neraka dan semua amal solehnya terbatal. Berhati-hatilah dalam mengucapkan sesuatu  agar tidak terjerumus ke dalam neraka. 

Firman Allah S.W.T: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan lelaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik." (Surah Al-Hujurat ayat 11)

"Mulut kamu itu harimau kamu." Maka jangan sekali-kali dibiarkan harimau itu terlepas dari kandang mulutmu dan membunuh semangat orang lainKeperibadian dan nama baik masing-masing mesti dijaga. Ia bukan bahan lawak murahan. Menghina dan melukai hati sesama itu perbuatan tidak halal di sisi Tuhan. Walaupun dimaafkan, kesannya tidak mampu dihilangkan. Ibarat mengetuk dan mencabut paku di dinding. Betapapun ditampal lubang bekas paku, permukaan itu tidak mungkin kembali licin seperti asal.

CONTOH UCAPAN TERJATUH KUFUR TANPA SEDAR
  Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi.
Tak payahlah simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, berselerak je muka aku tengok.
Zaman nabi mana ada Gillette, sebab tu ada jambang.
 Hudud dah tak sesuai zaman ni.
Senyumlah sikit, muka masam dah macam malaikat mungkar nankir dah aku tengok.
 Sedarlah sikit selama ni kerajaan yang bagi rezeki kat kamu.
Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah.
Kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.
Aku murtad dah, eh gurau je gurau je...
Jika ikut kaedah Islam, maka mundurlah negara kita ni.

"Barangsiapa mempersenda, mempermainkan, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" ((Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.)
Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yang kuddus, selawat serta zikir.

CONTOH UCAPAN PENYEBAB SYIRIK KECIL TANPA SEDAR
➤Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah".
➤Azlie bertanya kepada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam." Boleh jadi syirik dalam setiap percakapan secara tidak sedar. Dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. 



Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...