Skip to main content

BERJEMAAH DAN ISTIQAMAH



WALAU dipijak berulang kali, RUMPUT masih mampu bertahan. Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. 

Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut. Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan.

Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.

Ambil iktibar daripada rumput. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras. Dengan hidup berjemaah dan bersikap istiqamah, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat.



KEBERSAMAAN DALAM JEMAAH

Kenapa HUJAN itu menyenangkan? Sebab ia TURUN RAMAI-RAMAI. Tentu susah kalau hujan itu turun hanya satu titik. Kemudian satu titik lagi dan seterusnya.

Kenapa NASI itu mengenyangkan? Sebab ia DISAJIKAN RAMAI-RAMAI. Tentu kita bengong kalau hanya ada satu butir saja disajikan di atas pinggan. Kita akan  bertanya, "Nak makan apa?"

GIGI itu berguna kerana RAMAI-RAMAI BERBARIS rapi. Bila tak berbaris rapi, cuma ada satu gigi, itu lompong namanya. Tentu tak boleh mengunyah. Hanya boleh tersenyum. Orang tengok pun nampak pelik.

KEKUNCI laptop atau HP mesti lengkap. Kalau hilang satu saja, rasanya tak tahu macam mana hendak gunakan. Hilang satu, terasa kosong semuanya. Kalau lengkap dan RAMAI-RAMAI tentu menyenangkan.

Sebab itulah di dunia ini, sesuatu yang positif selalu jadi ISTIMEWA bila dibuat secara  RAMAI-RAMAI. GOTONG ROYONG RAMAI-RAMAI tentu lebih okey. BELAJAR RAMAI-RAMAI pasti lebih banyak yang dipelajari. BEKERJA RAMAI-RAMAI lebih cepat selesai.
Apa lagi bila ada sahabat yang saling menasihati dan mengingatkan. Pahala solat pun lebih banyak kalau RAMAI-RAMAI berjemaah.

Kesimpulannya, kalau kita berada dalam KEBERSAMAAN maka itu lebih baik daripada bengong sendirian. Semoga hari ini kita semua dapat menikmati kehidupan berjemaah. Tetaplah bertahan dalam indahnya kebersamaan. 

BERSYUKURLAH KERANA ANTARA KITA MASIH KUKUH LAGI PERASAAN KEBERSAMAAN!









Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...