Skip to main content

CAKAP BAIK-BAIK


BILA tahu ada kenalan yang sakit, jangan diulang banyak kali kepadnya bahawa sakit itu penghapus dosa. Sebenarnya ayat itu adalah peringatan untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Orang yang sedang sakit, emosinya tidak stabil. Berikan kata-kata yang menyenangkan hatinya. Katakan sakit itu UJIAN ALLAH. Itu tandanya Allah sayang dia dan doakan agar dia cepat sembuh. 

Begitu juga keadaannya bila dapat tahu ada kenalan ditimpa bencana. Jangan cakap itu semua kifarah di atas dosa silamnya. Katakan semua tu ujian Allah, pasti ada HIKMAH disebaliknya. 

Bila jumpa pasangan yang sudah lama berkahwin tapi tidak punya zuriat, jangan tanya bila nak dapat anak Tapi katakan ALLAH hendak beri yang terbaik pada mereka. 

Bila nampak orang yang dibenci ditimpa kesusahan,jangan kata padan muka sebab dulu buat aku, sebab mungkin dia sudah lama sedar akan kesilapannya. 

Jika nampak orang berlaku kejam, jangan kata, "Tunggulah karma, apa kau buat hari ni, akan dibalas satu hari nanti!" Tapi DOAKAN agar dia berubah. 

Jika mendengar cerita dari sebelah pihak,janganlah terus menghukum pihak yang satu lagi sebab kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. 

Bila nampak orang kaya tidak mahu bersedekah, jangan kata dia kedekut sebab kita tidak tahu mungkin dia bersedekah lebih daripada kita cuma dia lebih suka menyembunyikan sedekahnya. 

Bila nampak orang yang bekerja keras tapi duit tidak pernah cukup, jangan kata rezekinya tidak berkat kerana kita tidak tahu betapa dia menjaga keberkatan rezeki dan pekerjaannya. Hanya ALLAH yang tahu rahsia segala rezeki setiap hamba-Nya. 

Bila nampak orang gemuk ,janganlah bertanya sama ada dia tak diet ke, tak jaga makan ke, tak pandai jaga badan ke, sebab dia mungkin tidak berkesempatan menjaga diri sendiri kerana sibuk menjaga keluarganya.

Bila nampak anak yang meninggalkan ibu bapanya di rumah orang tua, janganlah kata itu anak yang derhaka sebab kita tidak tahu mungkin itu adalah yang terbaik baginya supaya ibu bapa tidak terabai tatkala anak pergi bekerja. Semua kata-kata itu adalah untuk peringatan diri kita sendiri, bukan untuk dilemparkan kepada insan lain.

Jagalah lidah, jagalah hati, jagalah pandangan, jagalah perasaan. Mungkin niat kita baik,tapi ia menyebabkan kekecewaan pada orang yg mendengarnya. Menegur itu boleh, tapi biarlah selaras dengan hati yang menerimanya. 

Ketahuilah bahawa ALLAH sudah rancang segala yang terbaik untuk setiap hamba-NYA. 

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...