Skip to main content

CORONAVIRUS


CORONAVIRUS cuma bala tentera yang ALLAH datangkan untuk mengingatkan manusia tentang keAgunganNYA dan keKuasaan-NYA. Manusia telah begitu lama mengingkari Perintah dan sunnatullah-NYA, malah manusia bangga melakukan dosa-dosa.

Tubuh virus kecil itu amat ditakuti umat manusia sedangkan ALLAH Maha Besar dan Maha Perkasa tidak diendahkan.

Walaupun coronavirus sangat cepat membiak, ia mudah dibunuh dengan menjaga kebersihan, pemakanan, batas pergaulan, amal ibadah, dan menjaga pH alkali tubuh.

Setelah musibah yang dibawanya diatasi, masjid harus dipenuhi, keluarga diperhati, perbelanjaan dikawal dengan teliti, pergaulan serta tahap kebersihan diambil kira.

Sesungguhnya, Coronavirus adalah guru yang mengajar manusia tentang nilai hidup dan mati. Dan ALLAH sentiasa menjadikan setiap sesuatu itu penuh dengan hikmah yang tersirat.


Wahai Tuhan yang Maha Gagah.
Layak kami menerima musibah.
Di atas dosa kami yang kian bertambah.
Namun kami juga mengharapkan kasih-MU yang tak bertepi.
Angkatlah segala kepayahan kami.
Agar sinar bahagia kembali berputik.
Di sana masih ada doa.
Dari anak kecil yang tidak berdosa.
Dari ibu yang tidak pernah mengeluh.
Dari wajah insan yang tidak dikenali di dunia.
Tapi bisikannya menembus ke langit.
Wahai Tuhan, kami datang dengan sejuta kenaifan..
Seburuk apapun kami, pandanglah kami dengan pandangan rahmat-MU.

CERITERA CORONAVIRUS

AHMAD: “Nampak tak hikmah selepas kita dilanda Coronavirus?”

ALI: “Aaah…aah. Dulu macam-macam jenis hubungan dilarang agama dipertontonkan di alam nyata, apa lagi di alam maya. Tak ada rasa malu dan berdosa.”

AHMAD: “Sekarang tak ada lagi orang berkumpul secara bebas, tak hiraukan halal haram, bersentuhan yang bukan mahram.”

ALI: ”Secara tak langsung ramai orang mula belajar nilai-nilai Islam yang mementingkan makanan yang halal dan baik, dan bab kebersihan.”

AHMAD: “Dulu ahli keluarga balik kerja dah letih, masing-masing tak ada masa untuk keluarga sendiri. Sekarang dapat makan, beriadah dan solat berjemaah.”

ALI: “Saya pernah terbaca tentang pengalaman bekas pesakit COVID19. Simtomnya na`udzubillah. Kepala pening, perut sakit, demam, tulang-temulang semua sakit, tiada selera makan, batuk teruk selama 10 – 15 minit tak henti-henti. Prosedur mengambil sampel untuk pengesahan positif atau negatif COVID19 sangat menyeksakan. Bahagian tekak dikorek, hidung dimasukkan alat panjang ke dalam dan dikorek.”  

“Sebenarnya, pesakit positif COVID19 yang yakin dengan kuasa ALLAH boleh melakukan amalan penyembuhan diri sendiri dengan selawat 3 kali, Al Fatihah 3 kali, Surah Ikhlas 3 kali.  
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
313 kali, dan ditutup dengan selawat 3 kali, ditiupkan ke dalam air dan terus diminum. In sya ALLAH dalam 3 hari dah boleh discaj dari hospital.”

AHMAD: “Alhamdulillah. Di sebalik musibah ada hikmah. Coronavirus menyebabkan kita semakin dekat dengan ALLAH

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...