Skip to main content

HAK WANITA MEMILIH CALON SUAMI


TERDIDIKNYA seorang ISTERI apabila baiknya seorang SUAMI. Syurga ISTERI  terletak pada SUAMI. Dan redha Allah adalah ke atas kepatuhan isteri pada suami. SubhanAllah bagus kalau dianugerahkan pasangan yang sehati sejiwa Sweet Till Jannah. 

Apabila seorang perempuan menikah, cerminannya adalah pada suami dia, kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang dipimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.

Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih ‘memilih’. Bukan pula lelaki tidak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupannya selepas hidup berdua nanti.

Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang dibina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.Perempuan itu  dibimbing dan dididik dengan keimanan.Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok, mana mungkin yang dididik akan lurus. Bukan lelaki tidak boleh memilih. tetapi kaum perempuan lebih berhak untuk dilindungi.

Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tidak dihargai oleh suami sendiri. Nafkah anak-anak tidak di beri seolah-olah lepas bercerai, lepas segala tanggungjawab. Terkadang diceraikan sebelum sempat anak dilahirkan. Sekalipun agama benarkan, tetapi adakah begitu cara seorang lelaki menjaga amanah yang Allah kurniakan padanya?

Memilih pasangan hidup tidak semudah membeli ikan di pasar. Agama telah menunjukkan contoh lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Jika lelaki yang dipilih baik itu zahirnya baik di segi amalan agama tetapi buruk di segi layanannya kepada isteri, yang salah adalah lelaki itu sendiri. Ternyata dia hanyalah seorang penunggang agama.

Sekiranya sudah bertemu lelaki yang diyakini baik agama dan akhlaknya, mampu menjaga anak isteri, hargailah dia. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui apa yang baik dan tidak baik buat kita.


NASIHAT PAK HABIB UMAR BIN MUHAMMAD AL HAFIZ


Umar Ibni Al Khattab pernah melontarkan soalan, “Jika menikah hanya berlandaskan rasa saling mencintai, lalu di mana kedudukan iman?"

Betapa banyak yang saling mencintai, tapi pernikahan mereka tidak barakah. Bahkan berakhir dengan berantakan mahupun perceraian.

Kerana Iman, Rasulullah sabar ketika di rumahnya hanya tersedia cuka lalu memakannya. Kerana Iman, Ali Bin Thalib sabar menjadi kuli menimba air dengan upah segenggam kurma. Kerana Iman, Fatima Az-Zahra sabar menggiling gandum hingga tangannya melepuh.

Pernikahan tidak seindah yang dikatakan para motivator ataupun buku pranikah. Akan ada banyak cobaan dan ujian. Maka fahamilah, rasa cinta sahaja kadang-kadang tidak bisa ikut berjuang. Hanya Iman yang kuat dengan pedang kesabaran di kala susah, dan senjata syukur di kala senang sahaja yang mampu menghadapi bala ujian dan cobaan.

Boleh saja menikah kerana saling mencintai. Namun pastikan, perasaan CINTA itu hanya sekadar menjadi MAKMUM. IMAN yang harus menjadi IMAM. Fahamilah! Tidak semua cinta itu melahirkan Iman. Tapi semua Iman, insya ALLAH akan melahirkan cinta.





Ada orang duitnya sedikit tapi hatinya tenang. Ada orang rumahnya kecil tapi hatinya lapang. Ada orang pasangannya biasa-biasa tapi bahagia yang tak pernah dijaja di sosial media. Orang-orang begini banyak syukurnya pada Allah. Tiada keluhan ataupun rungutan.

Rumah (house) dibina dengan batu, besi dan kayu. Rumah tangga (home) dibina dengan sayang, kasih dan cinta. 

Kita akan terseksa jika hanya duduk di rumah, tetapi ceria jika duduk di 'rumah tangga' insya Allah. 

Stay at home. Don’t stay in the house


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...