Skip to main content

HENDAK BAHAGIA - BERBAHAGILAH


DATIN Hamimah, balu seorang tokoh korporat yang cantik parasnya. Selalu tampil dengan pakaian dan aksesori berjenama dari luar negara. Ramai orang yang menyanjungi kehebatan gayanya. Umumnya, bila terlalu kerap dipuji, hati kecil boleh jadi "kembang' dibuatnya.

Tetapi Datin Hamimah rasa sebaliknya, dia tidak bahagia. Hidupnya kosong tanpa erti. Bila kemurungan mula melanda diri, diadukan halnya kepada Puan Dayana, seorang kaunselor. 

Dalam sesi pertemuan itu, Puan Dayana memanggil tukang cuci pejabatnya, Makcik Rokiah untuk duduk bersama-sama dengan mereka berdua. Kemudian, Puan Dayana meminta Makcik Rokiah menceritakan perihal hidupnya.

"Sebenarnya suami saya meninggal dunia kerana kanser. Anak tunggal saya pula mati  kemalangan. Saya sebatang kara dan tak berharta. Sedih sangat, makan tak lalu, tidur pun tak lena. Suatu hari ketika pulang dari kerja, seekor kucing ikut mengekori. Saya rasa kasihan dan memberinya minum susu. Selepas kenyang, kucing itu menggeselkan badannya ke kaki saya, mungkin itu caranya menunjukkan rasa terima kasih. Saya rasa tenang dan senang."

"Malam itu saya terfikir, kalau tolong kucing pun boleh buat saya rasa senang, apa lagi kalau saya menolong manusia. Keesokannya saya buat kuih dan sedekahkan pada jiran. Suami jiran itu kurang sihat. Saya rasa senang melihat mereka berdua ceria. Sejak hari itu saya berusaha beri apa jua bantuan, sama ada wang, makanan yang saya sediakan sendiri ataupun tenaga kepada mereka yang tinggal di kejiranan saya. Saya bahagia dapat berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain."

Mendengarkan kisah Makcik Rokiah, Datin Hamimah rasa sebak. Dia ada segala-galanya tetapi lebih mementingkan diri dan golongan yang sama sepertinya. Sentiasa bersaing "siapa lebih kaya, lebih bergaya, lebih hebat". Hidupnya penuh kepura-puraan. 

Kini dia sedar kebahagiaan datang apabila dapat membahagiakan sesama insan. Dia berazam untuk  mengikis sikap materialistiknya dan meletak kepentingan ke atas ciptaan ALLAH yang hidup di sekitar dirinya. Kebendaan yang dipujanya selama ini kaku dan tidak mampu membalas layanan kasih sayang yang diberi.


Ada di tangan, tiada di hati.
(Orang kaya tetapi zuhud. Sangat susah ditemui)
Ada di tangan, ada di hati.
(Orang kaya dan tidak zuhud. Biasa sangat ditemui)
Tiada di tangan, tiada di hati. 
(Orang miskin tetapi zuhud. Jarang-jarang ditemui)
Tiada di tangan, ada di hati.
(Orang miskin tetapi tidak zuhud. Selalu ditemui)

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...