Skip to main content

ISLAM GALAKKAN PERNIAGAAN


KENAPA Nabi Muhammad s.a.w berniaga? Kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga? Bukan sebab hendak jadi kaya. Berniaga itu adalah suatu tarbiyah...  tentang kehidupan dan cara mendekatkan diri menuju Tuhan. 

Umum lebih tahu riwayat baginda selepas dilantik menjadi rasul tetapi tidak ramai yang jelas apa yang baginda lakukan ketika muda. Sebenarnya Nabi mula berniaga pada usia 20an. Dunia perniagaan telah membawa baginda ke serata tempat dan berjumpa dengan  manusia pelbagai budaya, dari  orang ternama hingga kalangan biasa.

Rasa ukhuwah terjalin atas asbab perniagaan. Ukhwah yang dinamakan 'good contact ini sangat berguna sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul. Orang yang berurusan dengannya dapat melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk buatan manusia yang dibawanya dijual dengan jujur, pastilah produk dari langit juga disampaikan dengan jujur. Apakah produk itu? IMAN dan ISLAM.

Kepelbagaian budaya yang dilihatnya mampu menerbitkan idea baru bagi menghasilkan produk terbaik. Dalam menimba pengalaman itu, baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Peniaga punya rasa tawakkal yang tinggi. Mereka hanya buat kerja dan terus berusaha. Tawakkal mereka mutlak pada ALLAH sahaja. Sunnah dalam perniagaan bukan mesti kaya, sebaliknya mentarbiyyah diri supaya menjadi hamba yang bersyukur dan bertawakkal.

Sekiranya berniaga hanya untuk jadi kaya, maka itu suatu kesilapan. Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan memberi manfaat pada umat manusia, maka itulah matlamat dan konsep berniaga yang sebenar.

Berapa usia kita? Contohi Nabi s.a.w di usia kita. Barulah ia dipanggil mengikut sunnah. Hendak sayang Nabi s.a.w, kenalah tiru caranya. Dalam perniagaan kena pegang 2 perkara iaitu jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia dikatakan mengikut sunnah.
Dalam perniagaan ada jatuh bangunnya. Kita belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kita faham nikmatnya bangkit.

ADAT BERNIAGA...


Peniaga sangat berimpian. 
Peniaga bersungguh-sungguh mengubah kehidupan. 

TAPI HAKIKATNYA,
                                                   
Orang akan minta pinjam duit bila kita ada duit. 
Orang akan pandang bila kita berjaya. 
Orang akan dengki bila kita senang sikit.  
Orang ambil kesempatan untuk jatuhkan kita. 

9/10 REZEKI ITU DATANGNYA dari PERNIAGAAN

Share rezeki bukan setakat memberi, menyokong dan membeli pun dah kira share.
Buat apa saja asalkan berkat. Hasil dari titik peluh sendiri, itu baru dinamakan REZEKI HALAL. Orang nampak luaran sahaja. Orang tak nampak macam mana padatnya masa kita. 
Terkejar sana sini. Memang penat. Tapi bila kita berusaha untuk berjaya, akan nampak hasilnya. 

Stay strong 💪

PERNIAGAAN YANG TIDAK JUJUR TIADA BARAKAHNYA


Pada masa ini telah ramai peniaga yang menjual pelbagai barangan sama ada secara atas talian (online) atau secara bersemuka.

Untuk melariskan barang dagangan, para peniaga menggunakan pelbagai platform untuk tujuan pengiklanan seperti  Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya.

Ada di antara peniaga berlaku tidak jujur terhadap pelanggan dengan hanya menyatakan sisi baik barangan dagangannya dan menyembunyikan keburukannya. Perbuatan tersebut menghilangkan keberkatan dalam barang dagangan dan juga hasil pendapatan.

Dari Hakim bin Hizam dari Nabi ﷺ, baginda ﷺ bersabda:

"Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat keberkatan dalam jual beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (kecacatan barang), akan dihapuskan keberkatan jual beli mereka".
[ Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain ]

Maka sentiasalah berlaku jujur. Jangan hanya kerana "Wang", kejujuran dan keberkatan dibuang begitu sahaja. Jika hilang keberkatan, walau banyak mana sekali pun duit atau harta, tetap akan rasa tidak cukup dan hati tidak tenteram.



ZAKAT PERNIAGAAN HARIAN.
3 langkah mudah 😀

1. Untung Harian (jualan - kos) 
    x 0.025 (2.5% zakat)
2. kumpul dalam tabung khas.
    (Cuba buat online, so duit duduk dalam akaun bank. Just tulis nota dalam buku)
3. Hujung bulan hantar ke pusat zakat.
    (kalau malas ke kaunter... E-zakat kan ada)






Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...