Skip to main content

JANGAN SANGKA BURUK

SEORANG pemuda begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tarikatnya. Lalu Al Misri mencabut cincin dari jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar, gadaikan dengan harga satu dinar saja."

Meskipun pemuda itu rasa hairan, diterimanya juga cincin itu dan dibawa ke pasar. Dia menawarkan kepada para pedagang, dari penjual buah sampai penjual makanan. Tiada seorang pun melirik apatah lagi tertarik. Dengan rasa kecewa pemuda itu kembali kepada Al Misri dan berkata, "Engkau bohong, cincin ni tak berharga!"

Jawab Al Misri, "Jangan marah dulu, sekarang juallah cincin itu kepada ahli permata. Tawarkan seribu dinar."

Pemuda itu semakin gusar dan pelik, namun tetap juga ingin tahu. Dia menurut sahaja suruhan Al Misri. Dia jadi takjub bila begitu ramai pedagang permata berebut-rebut hendak  membeli cincin itu. Lalu dia segera bergegas menemui Al Misri, "Mereka berebut-rebut hendak membelinya!"

Jelas Al Misri. "Orang takkan tahu nilai sesuatu benda itu berharga atau tidak kalau dia belum mengenalnya. Mana mungkin kamu berani mencaci para sufi dan ilmu tasawuf kalau kamu belum tahu isinya? Belajar dulu baik baik, lepas itu barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."


Bila terserempak dengan pelacur di tepi jalan, orang mudah berkata, “Perempuan jahat! Jijik.” Padahal mereka tidak tahu dia telah dijual oleh bapanya, seorang penagih dadah ke sarang pelacuran ketika baru berumur 10 tahun.  

Bila terserempak dengan bekas banduan, orang mudah berkata, “Jangan berkawan dengan dia. Entah apa benda buruk yang dibuatnya. Kalau tidak takkan masuk jel!” Padahal mereka tidak tahu bahawa sikap lurus bendul menyebabkan dia tergoda dan jatuh cinta dengan lelaki yang mengambil kesempatan ke atas dirinya dan menjadikan dia keldai dadah.

Bila terserempak pesakit mental, orang mudah berkata, "Hei, orang gila!” Padahal mereka tidak tahu penderaan fizikal oleh keluarganya yang pincang iman dan akhlak menyebabkan dia mengalami trauma berpanjangan.

Bila terserempak insan hodoh rupa, orang mudah berkata, "Takkan ada sesiapa yang sanggup kahwin dengan kau!” Padahal mereka tidak tahu rupanya cacat akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

RAIKAN PERBEZAAN

GURU:


"Apa yang kamu dapat pelajari bila hasil melihat laut yang bergelora dan ribut ini?"

Pelajar Pertama:
"Saya melihat fenomena alam yang begitu hebat. Molekul udara, angin, air dan awan sedang membentuk energi yang cukup kuat."

Pelajar Kedua:
"Alam sedang bercerita tentang dahsyatnya gelombang jiwa saya yang sedang bercinta dengan gadis pujaan, Cikgu." 

Pelajar Ketiga:
"Ini hanya segelintir lukisan takdir yang Maha Kuasa. Hebat ribut dan gelombang ini hanya picisan berbanding ALLAH yang menciptanya. DIA yang Maha Segala."

Pelajar Keempat, "guru, apakah kau menyindir diri ku yang masih berkurung dendam yang ku pendam sekian lama? Apakah kau sedang mencabar aku untuk meledakkannya seperti ribut dan gelombang ini?"

Pelajar Kelima:
"Kalau laut bergelora dan ribut begini, harga ikan akan mahal!"

Guru itu hanya diam dan tersenyum. Hatinya terdetik ... ini bukan soal 'apa' yang dilihat tetapi 'bagaimana' seseorang melihatnya. Apa yang ditafsir, bergantung kepada kepada SIAPA diri kita yang sebenarnya. Di situlah letaknya keindahan dan kemanisan perbezaan pendapat. Jangan caci pendapat orang lain, nanti suasana indah bertukar hodoh, kecoh.  



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...