Skip to main content

KEIKHLASAN AKAR

APABILA melihat pokok yang tumbuh subur, sering kita berkata, ‘Wah, hebatnya. Batangnya besar, daunnya rendang, dahannya kuat, bunganya bagus, atau buahnya lebat dan manis,” dan sebagainya. 
Kita jarang memuji akarnya. Sedarkah kita bahawa akar itu satu struktur yang sangat penting? Segala khasiat dari tanah masuk melalui akar menuju ke seluruh bahagian pokok. Bahkan ia juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan makanan. Akar menyangga pokok dan menjadikannya kuat. Dengannya bekalan makanan pokok itu dapat dipenuhi yang memastikan kelangsungan pokok tersebut.
Tetapi akar tetap akar. Walaupun peranannya penting, ia tidak pernah menunjuk-nunjuk kegiatan atau hasilnya. Semua hal dilakukan dengan penuh kesungguhan dan rela. Dipuji atau tidak, ia tetap bekerja dan beramal soleh. 

Sanggupkah kita meniru keikhlasan akar? Keikhlasan yang tanpa tapi-tapi. 

CERITERA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

ATAP:
“Peritnya aku. Langsung tak dapat berehat selesa macam kau, Tiang. Kau tak pernah kena jemur di terik matahari dan tak rasa menggigil bila ditimpa hujan lebat.“

TIANG:
“Berehat? Huh! Kau tak tahu betapa beratnya beban yang aku tanggung. Di bahu aku terpikul berat beban kau sendiri, Kayu Alang dan kayu-kayu yang lain tu, Atap. Sebenarnya aku cemburu tengok Dinding. Tak kena panas, tak payah pikul beban berat macam kita.”
DINDING:
“Hello, kawan, jangan fikir tentang panas dan berat saja. Aku lagi susah, kena jaga keliling rumah ni, kena melindungi semua isi rumah. Akulah benteng yang menutup aib orang dalam rumah. Akulah penyimpan rahsia mereka. Aku rasa sakit juga bila diketuk oleh tuan rumah yang hendak menampal atau menyangkut apa-apa di dinding aku. Yang senang lenang Si Tangga tu.”

TANGGA:
“Aku rasa akulah yang paling teruk. Aku ditimpa hujan dan panas, kena pikul beban orang yang memijak aku bila hendak naik dan turun rumah. Lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kaki yang kotor. Tapi, walau seberat  mana pun, kita dah diamanahkan dengan tugas ni. Kita kenalah ikhlas... beri khidmat terbaik sebelum kita semua rebah menyembah bumi!“





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...