Skip to main content

KETIKA ALAM BERTASBIH



ALAM ini sentiasa bertasbih memuji kebesaran dan keagungan ALLAH mengikut fitrah masing-masing. Menurut Sayyid Qutb, denyut jantung dapat merasakan bahawa setiap batu kerikil, biji benih, kuntum bunga, seluruh isi alam dan juga langit bertasbih dan menghadapkan wajah masing-masing kepada ALLAH… mengingati ALLAH ketika manusia lupa dan tenggelam di dalam kealpaannya.

Agensi berita TARIQ pernah melaporkan, sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendapati sesetengah tumbuhan tropika mengeluarkan gelombang ultrasonik.  Gelombang ini berjaya dirakamkan menerusi getaran.

Selama tiga tahun penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menterjemahkan gelombang ultrasonik dan getaran itu sehingga ia bertukar menjadi gelombang elektrik yang boleh dilihat. Gelombang cahaya elektrik tersebut sentiasa aktif dan berulang-ulang 100 kali setiap saat.

Seorang saintis Islam dari India yang turut serta dalam penyelidikan tersebut mengaitkan fenomena itu dengan sepotong ayat al Quran dari Surah Al Isra’ ayat 44, “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada ALLAH dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujinya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya DIA Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Apabila nama ALLAH Yang Maha Besar disebut, frekuensi ultrasound bertukar menjadi cahaya elektrik dan terpapar di skrin peralatan yang merakam gelombang pokok-pokok tersebut. Bunyi itulah yang ditafsirkan sebagai tasbih kepada ALLAH. Manusia boleh mendengarnya tetapi tidak mengerti. Apabila nama ALLAH Yang Maha Besar disebut, frekuensi ultrasound bertukar menjadi cahaya elektrik dan terpapar di skrin peralatan yang merakam gelombang pokok-pokok tersebut. Bunyi itulah yang ditafsirkan sebagai tasbih kepada ALLAH. Manusia boleh mendengarnya tetapi tidak mengerti.

Ibn Katsir mentafsirkan surah An Nur ayat 41, “Tidak kamu tahu bahawasanya ALLAH: kepada-NYA bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah tahu cara ibadah dan tasbihnya dan ALLAH mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

Melalui ayat itu ALLAH memberitahu bahawa semua makhluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada-NYA, termasuk malaikat, manusia, jin, haiwan, pokok bahkan benda yang mati sekalipun.

Di dalam sahih Bukhari daripada Ibnu Masud bahawa dia berkata, “Dahulu kami pernah mendengar tasbih makanan ketika sedang dimakan.”

Tasbih alam tidak sama seperti manusia yang mempunyai mulut. Namun kita boleh merasakan tasbih mereka jika dapat meletakkan gelombang kita sendiri  dalam keadaan yang benar-benar bertafakur, serendah gelombang alam. 


Malangnya sekarang ini banyak pokok telah ditebang, bukit ditarah dan haiwan pupus. Tenaga positif dari tasbih alam sudah semakin berkurangan dan memberi kesan kurang baik ke atas ketenangan. Mungkin kerana itu manusia kini terdedah pada perkara-perkara negatif seperti persengketaan dan perbalahan, padahal dulu kita hidup aman damai.
  
Bertasbih bukan sekadar membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar mahupun zikir-zikir yang lain. Tasbih itu adalah ingat kepada ALLAH, percaya dan pasrah. Alam sentiasa mengingati ALLAH tapi kita memandang rendah  kerana merasakan mereka tidak mempunyai akal.

Tanpa disedari alam itu jauh lebih taat kepada ALLAH berbanding manusia.
Bayangkan jika matahari mungkir dan tidak taat kepada perintah ALLAH, beredar sesuka hati. Walaupun matahari hanya menyimpang sebanyak 5 cm sahaja pun keadaan porak peranda boleh berlaku. 

Gelombang alpha yang diterbitkan oleh tumbuh-tumbuhan secara tidak langsung mempengaruhi gelombang manusia. Orang dulu-dulu pandai melayan alam, mereka bercakap dengan pokok seolah-olah pokok itu anak mereka, menyebabkan kesuburannya.

Gelombang alpha haiwan pula membawa sifat kasih sayang, yang terkadang melebihi kasih sayang manusia. Manusia hilang sifat kemanusiaan dan memiliki banyak sifat kebinatangan kerana kurang mengingati ALLAH, kurang berzikir. Akibatnya sifat manusia hampir menyamai sifat syaitan. Sebab itu sekarang ini banyak keluarga yang pincang. Dari kes sumbang mahram, penderaan mental dan fizikal, jenayah dadah, arak, judi dan berbagai keburukan lagi.      


Antara wirid dan zikir ada perbezaannya. Biasanya kita hanya wirid tapi tidak berzikir. Wirid hanya ada pada mulut tapi tidak pada hati dan fikiran. Manakala zikir adalah mengingati ALLAH pada mulut, hati dan fikiran. Kalau kita berzikir dengan betul kita akan tenang. “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang dan tenteram hati manusia (Surah Ar Ra’d ayat 28).

ALAM MengESAKAN MANUSIA MENSYIRIKKAN

PELAJAR: 
"Ustaz, saya selalu terima mesej berantai dari kawan-kawan Facebook. Tapi saya tak sebarkan sebab saya rasa waswas."

USTAZ:
"Mesej macam mana tu?"

PELAJAR:
"Ada yang kata, siapa yang tak sebar mesej ni tanda dah dibisikkan oleh syaitan, akan ditimpa musibah, akan kehilangan orang tersayang, kalau hantar pada 4 orang, dalam masa 4 jam, akan dapat rezeki melimpah ruah, kalau dihantar pada 12 orang, akan dapat berita baik dalam masa 2 jam. Betulkah tindakan saya tu?"

USTAZ:
'Bagus kamu buat macam tu. Semua mesej itu hukumnya SYIRIK, seolah-olah manusia pulak yang ambil alih kerja ALLAH, dah terlebih pandai menentukan nasib orang lain. Manusia tak layak jatuhkan apa-apa hukum ke atas sesama manusia melainkan atas kehendak ALLAH."


  





Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...