Skip to main content

MEMBERI DAN MENERIMA



SEORANG Syeikh berjalan-jalan menyusuri ladang bersama seorang pelajarnya.  
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut usang dipercayai kepunyaan seorang tukang kebun miskin yang bekerja di ladang itu. Selalunya bila sudah selesai kerja, dia akan dating ke situ untuk mengambil kasutnya. 

Pelajar itu berkata kepada Tuan Syeikh, “Jom kita sakat tukang kebun. Kita sembunyikan kasutnya.  Kita tengok reaksinya bila dia datang untuk memakainya tapi tak jumpa.”

Tuan Syeikh menasihati pelajar tersebut, “Tak baik kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Kamu anak orang kaya. Kamu boleh saja membuat diri kamu dan tukang kebun itu merasa bahagia dengan memasukkan beberapa keping duit ke dalam kasutnya. Kamu  bersembunyi dan lihat reaksinya."

Selepas memasukkan duit ke dalam kasut buruk itu, mereka berdua bersembunyi di belakang sebatang pokok besar.  

Tidak lama kemudian datanglah tukang kebun miskin berpakaian lusuh yang baru selesai bekerja itu untuk mengambil kasutnya. Ketika dia memasukkan kaki ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dilihatnya  kepingan duit! Kasut yang sebelah lagi pun berisi duit juga. Dia menatap duit itu berulang kali untuk memastikan dia bukan bermimpi. Dia memerhatikan ke setiap arah tetapi tidak nampak sesiapapun di sekitarnya. 

Dimasukkan duit itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil memandang ke langit dan menangis dan bermunajat kepada Tuhan dengan suara yang nyaring. “Aku bersyukur kepada-MU, Ya ALLAH. Kau tahu isteriku sakit dan anak-anakku lapar. Mereka belum makan lagi. KAU telah menyelamatkan aku dan anak-anakku.”

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukur di atas kurniaan ALLAH Yang Maha Pemurah. Pelajar tadi sangat terkesan dengan apa yang dilihat sehingga menitiskan air mata.

Kata Tuan Syeikh, “Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada kamu menyembunyikan kasut dia?”

Jawab pelajar, “Tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah Tuan dulu … ‘Ketika kamu memberi, kamu akan mendapat kebahagiaan yang lebih banyak daripada yang kamu ambil.”

BERMACAM PEMBERIAN

Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.
Mendoakan saudara seagama tanpa pengetahuannya.
Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk.
Menahan diri dari bercakap tentang aib orang lain di belakangnya.

SANGGUP KE NAK IKUT MUSA A.S?


USTAZ: 

"Kalau kita hidup zaman Firaun, agak-agak kita nak jadi pengikut Firaun ke pengikut Nabi Musa?"

JEMAAH: 
"Musa."

USTAZ:
"Ye ke? Yakin?"

JEMAAH: 
"Yakinnnnn....!!!"

USTAZ: 
"Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terkaya, Firaun. Yang ada kuasa tentera, Firaun. Musa cuma pengembala kambing. Senjata dia cuma tongkat. Dia nak ajak kita redah laut berjalan kaki saja, tak guna sampan pun. Yakin ke kita nak ikut Musa ni? 
Sebenarnya manusia zaman Firaun dan zaman kita tak banyak beza. Kalau dulu orang percayakan Firaun yang ada semua benda, sekarang pun kita masih lagi lebih percaya pada harta, kedudukan, duit dan pengaruh."





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...