Skip to main content

MEMBERI KEMAAFAN


MEMAAFKAN orang itu sangat mulia di sisi Allah. Bila kita memaafkan orang, hati kita jadi  tenang dan tubuh terasa ringan, rezeki datang melimpah ruah, tidak terbayang dalam fikiran.

Memberi kemaafan dapat melapangkan hati kita biarpun bukan kita yang bersalah. Tetaplah kita yang lebih awal memohon maaf kepada orang lain. Ia memudahkan urusan kehidupan kita selepas itu. Semua pintu yang tertutup bagaikan terus dibuka oleh ALLAH. Sungguh luar biasa kesannya.

Apabila kita memaafkan orang, maka ALLAH pula akan mudah mengampuni kita. Pasti kita juga ada silap dan dosa sebab kita hamba biasa. Maka apakah yang paling besar yang kita harapkan dari ALLAH? Tentunya pengampunan dari ALLAH atas segala kesilapan, kekurangan dan dosa-dosa yang lalu. Moga kita mendapat keredhaan-NYA. 


ALLAH mengasihi hamba di atas kebaikan akhlak dan kemuliaan diri. Hamba yang berjiwa besar akan merendahkan egonya. Sentiasa semat di hati yang kita hanya hamba. Hidup pun sebentar cuma. Selepas memaafkan, rahmat Allah turun dengan banyaknya. Hidup ini bukan hanya kerana kita tetapi kerana kita hidup untuk orang lain. 

ALLAH menyediakan syurga seluas langit dan bumi bagi mereka yang bertaqwa dan menahan kemarahannya serta memaafkan orang. Sama-sama kita mencari jalan menuju ke syurga-NYA.

CARA MOHON MAAF KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

                                      

Dosa kepada ALLAH S.W.T. kita boleh bertaubat nasuha dan berazam tidak mengulangi lagi dosa-dosa tersebut. Tetapi dosa sesama manusia jika kita tidak bertemu dengannya untuk meminta maaf maka terdapat beberapa cara----

1. Dalam doa kita mohon begini---- "Ya ALLAH , ya Rabbi , aku mohon ampun ke atas dosa-dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau dengan tidak sengaja, dan ya ALLAH aku mohon Engkau ampunkan dosa semua mereka yang mana aku telah melakukan dosa kepada mereka. Aku tidak dapat berjumpa mereka untuk memohon ampun, maka ampunkan semua dosa-dosa mereka supaya mereka tidak menuntut kepadaku di akhirat nanti. Kasihanilah mereka dan masukkanlah mereka semuanya ke dalam syurga-MU."

2. Satu lagi cara yang boleh kita lakukan ialah, bila ada masa, kita sedekahkan bacaan al-Quran untuk mereka yang kita lakukan dosa dan boleh sekali sekala kita sedekah di masjid atau rumah anak yatim atas nama mereka yang kita lakukan dosa. 
Contoh : "Wang RM 10 ini aku sedekahkan di rumah anak yatim ini khusus untuk semua mereka yang aku telah lakukan dosa semoga mereka semua memaafkan dosa-dosaku"

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...