Skip to main content

NATIJAH TIDAK TUTUP AURAT



AL-KISAH diceritakan, ada seorang wanita yang dikenal taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib mahupun sunnah. Hanya ada satu kekurangannya, dia tak mau berjilbab menutupi auratnya.

Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum, seraya menjawab: “Insya ALLAH yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakan mahupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga suatu malam dia bermimpi sedang berada disebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Hembussn angin pun dirasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang melintas juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Dia pun menghampiri salah seorang wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut. “Assalamualaikum saudariku…” “Waalaikum salam…, selamat datang wahai saudariku…” “Terima kasih, apakah ini syurga?” Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum syurga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini…” Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya, “Amalan apa yang membuatmu kembali wahai saudariku?” “Aku selalu menjaga solat, dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunnah. Alhamdulillah.”

Tiba-tiba jauh di hujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan dia melihat beberapa wanita yang di taman tadi mulai memasukinya satu per satu. “Mari, kita ikut mereka!” Kata wanita itu sambil setengah berlari. “Apa di balik pintu itu?” “Tentu saja syurga wahai saudariku…” Larinya semakin cepat. “Tunggu… tunggu aku…” Dia berlari sekancang-kencangnya, namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Namun dia tetap saja tidak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari sekuat tenaga.

Dia lalu berteriak, “Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau nampak begitu lambat?” “Sama denganmu wahai saudariku…” Jawab wanita itu sambil tersenyum. Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melalui pintu. Sebelum wanita itu melepasi pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan?” Wanita itu menatapnya dan tersenyum lalu berkata, “Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab, “Apakah engkau mengira bahwa Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke syurga-Nya tanpa jilbab tudung penutup aurat?” Kata wanita itu. Tubuh wanita itu telah melepasi, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar memandangnya dan berkata, “Sungguh disayangkan, amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Dia terkesima… lalu terbangun… beristighfar lalu mengambil wudhu. Dia tunaikan solat Malam, menangis dan menyesali perkataannya dahulu.

Dan dia berjanji akan MENUTUP AURATNYA.

ALLAH S.W.T berfirman “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal karena mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al- Ahzab: 59)

Menutup aurat adalah perintah langsung dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, melalui utusan-NYA yakni baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah s.a.w. Yang namanya perintah dari ALLAH adalah wajib bagi seorang hamba untuk mematuhinya. Dan apabila dilanggar, ini jelas seseorang itu  telah berdosa.


MUSLIMAH - berakhlak indah

Muslimah itu ibarat kaca, disentuh terguris, dihantuk terserpih, dihempap berkecai. Tutur kata harus dijaga, cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan. Waspada bila meluahkan kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Muslimah mesti menjaga tingkah laku; harga dirinya terletak di situ. Usah ikut telunjuk nafsu, sekali tersilap langkah akan dihukum selama-lamanya. Habis  keturunan dicerca orang, menyesal kemudian tiada faedah. 

Penampilan harus diberi perhatian. Pakaian itu cermin peribadi, lambang bangsa. Walau di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal Muslimah itu orang ISLAM. Muslimah patut punya sifat MALU. MALU itu sebahagian daripada IMAN.

Muslimah solehah, kau cantik apa adanya, tanpa balutan mekap yang mengerikan. Ketahuilah, dicintai kerana rupa memang membanggakan. Tapi dicintai kerana akhlak lebih memuliakan.

Kecantikan sebenarnya adalah kecantikan Hati dan Akhlak, bukan hanya rupa. Kecantikan rupa seiring berjalannya waktu akan pudar, tapi kecantikan hati kekal hingga ke syurga. Tebalkanlah IMANmu,bukan mekapmu!



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...