Skip to main content

PAKSA DIRI TERIMA PERUBAHAN


NAMANYA Phil Hansen. Dia seorang pelukis yang sungguh berbakat, berjaya membina kerjaya cemerlang. 

Tidak lama kemudian, dia mula mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan tangannya bergetar, tidak stabil. Sebagai pelukis, tentu ini mengecewakan hatinya. Lukisannya tidak menjadi sempurna seperti selalu. 

Berkali-kali dia berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat, ataupun nasihat. Masalahnya, tiada ubat. ... Tetapi, ada nasihat.

Kata doktor, "You should embrace the change!"/ "Anda perlu terima perubahan itu!"


Hansen berfikir. Dia tahu apa yang perlu dilakukan... 


Ini adalah hasil lukisannya. Oleh kerana tangannya bergetar, dia tidak boleh melukis garisan. Dia redha dan menerima perubahan yang berlaku pada dirinya.

Kini, lukisannya tidak lagi mempunyai garisan. Lukisannya hanya menggunakan titik-titik. Hanya titik-titik sahaja! Mengikut pergerakan tangannya. Dan boleh dilihat betapa hasilnya. Sangat cantik!

Begitu juga dengan keadaan kita sekarang ini. Seluruh dunia sedang melalui perubahan akibat Covid-19. Tidak dinafikan, kesemua usaha mencari nafkah turut mengalami perubahan. Tiada gunanya kita menyalahkan keadaan, menuding jari ke mana-mana pihak lain. Mahu atau tidak perubahan sedang berlaku.

Apa yang kita perlu lakukan adalah seperti pelukis ini, menerima perubahan dan menyesuaikan diri dengannya. 


"You should embrace the change!"/ "Anda perlu terima perubahan itu!"

BERUBAH KE JALAN YANG LURUS




Jalan itu lurus, justeru kita yang berjalan di atasnya jangan pula tidak telus.
Jalan itu lurus, justeru ketika melaluinya pastikan kita tulus.
Jalan itu lurus, justeru hati kita yang bengkok hendaklah segera diurus.
Jalan itu lurus, justeru sifat munafik dan pura-pura hendaklah dihapus.
Jalan itu lurus, justeru mulut yang berdoa mesti selari dengan jiwa yang meminta.
Belajar melihat dengan cinta. Lalui hidup dengan cinta. Jangan takut cacian manusia. Yang penting cari REDHA DIA



Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...