Skip to main content

PENGURUSAN HARTA ISLAM


DALAM konteks pengurusan harta Islam, sesungguhnya harta yang kita kumpul sama ada sedikit atau banyak boleh menjadi rahmat kepada kita selepas kematian. Kuncinya adalah perancangan dan niat yang ikhlas.

Di dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda;
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR Muslim)

Manakala di dalam Al Quran, ALLAH menggambarkan kekecewaan manusia;
 " ...Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ." (Surah Al Munafiqun ayat 10)

Daripada hadis dan ayat Al Quran ini jelas tinggi dan mulianya pahala bersedekah. Dalam hadis di atas, Nabi SAW menyebut sedekah jariah dahulu sebelum menyebut  ilmu yang diajarkan dan anak yang soleh. Mengapa? Kerana ilmu yang kita kongsi dan ajarkan belum tentu diamal dan dimanfaatkan. Anak yang kita lahirkan juga belum tentu menjadi anak soleh yang mendoakan kita. Tetapi sedekah jariah kita? Asalkan ikhlas PASTI akan menjadi bekal abadi sehingga kiamat.

Ini disahkan oleh Al Quran melalui ayat 10 Surah Al Munafiqun di mana orang yang sudah mati meminta ALLAH menghidupkan dia kembali, bukan untuk solat, bukan untuk berpuasa atau pergi haji tetapi untuk bersedekah! Begitulah bernilainya pahala bersedekah.

Bagaimana kita hendak bersedekah dan menginfakkan harta kita? Sungguh! Sedekah terbaik adalah sekarang. Tetapi kita tidak mampu atau tidak berani untuk memberi dalam jumlah dan nilai yang besar. Takut ada keperluan dalam menjalani kehidupan, takut sakit dan takut tiada pusaka untuk anak anak. Justeru, adakah ini menjadi alasan untuk menutup peluang kita mendapatkan ganjaran bersedekah? Tiadakah cara lain?

Di sinilah kepentingan merancang harta. Melalui perancangan yang baik kita bukan sahaja dapat menjamin kebajikan keluarga yang ditinggalkan malah dapat bersedekah berterusan sehingga hari kiamat seperti mana waqaf Saidina Uthman Bin Affan yang masih ada sehingga ke hari ini!

Kita boleh mendapat ganjaran sedekah dengan perancangan harta melalui;

1. Membuat wasiat 1/3 ke atas sebahagian harta kita untuk tujuan sedekah dan infaq. Boleh beri kepada masjid, sekolah, universiti, anak yatim dan keluarga sendiri (bukan waris faraid). Wasiat ini wajib ditunaikan dan bukan sebahagian daripada harta yang akan difaraidkan antara waris. Sama ada waris setuju atau tidak, setelah disahkan wasiat ini mengikat dari sudut syarak dan undang-undang. Jadi pasti ia tertunai!

2. Mewaqafkan sebahagian harta kepada Majlis Agama Islam atau Baitulmal untuk maslahah umat Islam. Tidak mahukah waqaf kita menjadi masjid dan pejabat seperti waqaf Ahmad Dawjee Dadaboy di Bangunan Bank Islam di Jalan Sultan Ismail? Setiap Jumaat menjadi tumpuan ribuan umat Islam berJumaat? Beruntungnya Allahyarham.

3. Amanah. Meletakkan sijil takaful kita atau sebahagian harta kita di dalam akaun amanah untuk digunakan sebagai tujuan kebajikan. Kita boleh menggunakan harta itu untuk pendidikan, perubatan dan kegunaan lain yang kita hasratkan. Kalau tidak berani letak tunai letaklah sijil takaful, kesannya sama sahaja. Tak mahukah kita masih membiayai persekolahan anak yatim dan cucu cicit kita walaupun kita sudah lama tiada?

Inilah antara langkah yang mesti kita lakukan untuk mendapat ganjaran seperti hadis nabi SAW dan mengelak menjadi manusia rugi seperti ayat di dalam Surah Al Munafiqun di atas.

Jangan bertangguh kerana sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan pergi. Rancang harta sekaran UNTUK MANFAAT DIRI SENDIRI! Janganlah kita berlaku zalim kepada diri sendiri.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyuruh mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya.” (Surah Al-Kahfi ayat57).


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...