Skip to main content

YANG ENGGAN JADI HAMBA ALLAH


FAHAMAN WAHDATUL WUJUD
Pengikut fahaman ini mengatakan "akulah ALLAH dan ALLAH itu aku."

Mansur al-hallaj, Sheikh Siti Jinar dan Hamzah Fansuri dihukum bunuh kerana berfahaman WAHDATUL WUJUD yang ditolak oleh syarak. WAHDATUL WUJUD adalah fahaman syirik kerana penganut Islam yang tulen tahu bahawa manusia tidak boleh jadi ALLAH. Fahaman ini adalah bid'ah dalalah selepas kemunculan Rasulullah s.a.w. Saidina Ali menyuruh pengikut-pengikut fahaman WAHDATUL WUJUD dibakar.

Dalam fahaman WAHDATUL WUJUD, pengikut menganggap diri mereka sama dengan Tuhan. Beban Syariah telah gugur daripada mereka hinggakan tidak perlu melakukan solat, puasa dan lain-lain ibadah. 

ALLAH telah berfirman: "Dirikanlah sholat untuk mengingati-KU. 
(Surah Thaahaa 20 ayat 14 ) 
FAHAMAN NUR MUHAMMAD.

Fahaman ini juga ditolak oleh syarak. Tiada dalil yang dapat mempertahankan fahaman NUR MUHAMMAD. 
(DR. Yusuf Qaradawi)

Ia hanya merosakkan aqidah ummah. Fahaman ini adalah bid'ah dalalah selepas kemunculan Rasulullah s.a.w.


AMALAN RABITAH

Pengikut amalan ini membayangkan wajah guru mereka ketika beribadah. Dalam amalan syirik ini mereka menjadikan alim ulama mereka sebagai Tuhan.


JANGAN BIARKAN DIRI KITA SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG.  KITA MESTI FAHAMKAN APA YANG KITA ANUTI SUPAYA AKIDAH TIDAK ROSAK. HENDAKLAH DIINGAT BAHAWA ALLAH MENGAMPUNKAN APA JUGA DOSA KECUALI SYIRIK. ORANG YANG SYIRIK IBADAH MEREKA MENJADI SIFAR... NOL ... KOSONG.TIDAK ADA PAHALA KEBAIKAN LANGSUNG.


ADA JALAN LEBIH MUDAH UNTUK MENCAPAI MAKRIFATULLAH.

Awaluddin makrifatullah iaitu "AWAL AGAMA" ialah mengenal ALLAH. Kita diperbodohkan oleh orang yang mengatakan hendak sampai MAKRIFAT mesti ikut laluan Syariat->Tarikat->Hakikat->Makrifat. Kalau susah hendak kenal ALLAH ertinya ISLAM terkubur kerana RUKUN IMAN ADALAH PERCAYA KEPADA ALLAH. Imam Ghazali mengatakan "Wajib mengenal ALLAH sebelum menyembah-NYA."

ALLAH S.W.T berfirman: “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-KU, niscaya AKU ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepada-KU serta jangan ingkar (pada nikmat-KU).” 
(Surah Al-Baqarah ayat 152).

"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama TUHANmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepada-NYA dengan sebulat-bulat tumpuan.
(Surah Al-Muzzammil ayat 8)

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TUHANmu dengan hati yang puas lagi diredhai-NYA. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-KU, masuklah ke dalam syurga-KU.”
(Surah Al-Fajr ayat 30)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenteram”
(Surah Ar-Ra’du ayat 28).

“... dan sesungguhnya mengingat ALLAH adalah Lebih Besar (Keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al Ankabut ayat 45).

"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingati-MU"
(Surah Taahaa ayat34).

" ...dan cuai dalam menyebut serta mengingati AKU."
(Surah Taahaa ayat42)

" ... akan tetapi... Amat sedikitlah kamu mengingati(NYA)...?"
(Surah An-Naml ayat 62)

TIGA SOALAN SATU PENAMPAR!

ATHEIS:  
“Awak Imam, kan. Boleh jawab soalan saya tak? Ramai bijak pandai tak mampu jawab soalan saya ni.”  

IMAM:     
“Dengan izin ALLAH, saya akan cuba menjawabnya.”

ATHEIS:
“Saya ada 3 soalan. Pertama, kalau TUHAN itu ada, tunjukkan TUHAN pada saya. Kedua, apakah yang dinamakan takdir? Ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat daripada api juga? Tentu dia tak rasa sakit sebab dibuat daripada api. Takkan TUHAN tak terfikir pasal tu?”

Tiba-tiba IMAM menampar pipi Si ATHEIS kuat-kuat.

ATHEIS:
“Eh, sakitlah! Kenapa marah pada saya pulak?”

IMAM:
“Saya tak marah. Tamparan itulah jawapan untuk ketiga-tiga soalan awak tadi. Apa rasanya tamparan saya?”

ATHEIS:
“Tentulah sakit.”

IMAM:
“Jadi awak percaya rasa sakit tu memang ada. Tunjukkan saya rupa sakit itu!”

ATHEIS:
“Mana boleh. Saya tak tahu rasa sakit tu rupanya macam mana!”

IMAM:
“Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa TUHAN ITU ADA tapi tak boleh lihat rupanya. Malam tadi ada tak awak bermimpi saya akan tampar awak? Terfikirkah yang awak akan dapat tamparan dari saya hari ini?“

ATHEIS:
"Tak ada."

IMAM:
“Itulah TAKDIR. Tangan saya yang tampar awak diperbuat daripada apa?

ATHEIS:
“Kulit.”

IMAM:
“Pipi awak diperbuat daripada apa?”

ATHEIS:
“Kulit.”
 

IMAM:
“Macam mana rasanya tamparan saya?”
 

ATHEIS:
“Sakit.”
 

IMAM:
“Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka pun api juga, kalau TUHAN menghendaki, neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.”

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...