Skip to main content

ZIKIR BERSANAD



Perkongsian USTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI

1. Astaghfirullahaladzhim baca 100x

Sabda Nabi s.a.w : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada ALLAH dan mohonlah ampun kepada-NYA. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (HR Muslim).

2. Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil adzhim 100x

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Dua kalimah yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh ALLAH Yang Maha Pengasih, iaitu kalimah subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072). 

3. Laillahaillah 100x

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” 
(HR Al-Imam Ibnu Majah).

4. Hasbunallah wanikmal wakil 100x

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda, `Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim  menjawab, “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu. Aku hanya memerlukan pertolongan dari ALLAH.”

“Hasbunallah wa ni’mal wakil” itulah kalimah yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika  dilempar ke kobaran api. Nabi Ibrahim meletakkan sepenuh kepercayaan seluruh jiwa dan raganya kepada ALLAH, maka ALLAH berfirman “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.” ALLAH menjadikan api yang panas itu dingin seketika, dan Nabi Ibrahim tidak terbakar. Demikian halnya dengan Rasulullah dan para sahabat ketika menghadapi ancaman dari pasukan kafir. Mereka juga mengucapkan “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung.

5. SubhanaAllah walhamdulilla wallaillahaillah Allahu Akbar 100x

Dari Samuroh bin Jundub, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).

6. La Haula wala Quwwata illa billah 100x

Daria Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga?" Aku berkata, `Mahu ya Rasulullah.` Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

7. Allahumma sholli ala sayyidina muhammad 100x

Firman ALLAH bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)


YANG LEBIH UTAMA:

HAMBA ALLAH: 
"Mana yang lebih utama, Istighfar atau bertasbih?" 

IBNU AL JAUZI: 
"Pakaian yang kotor lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi. Istighfar itu ibarat sabun manakala tasbih umpama minyak wangi. Hati kita yang kotor lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi." 

Mari kita bersihkan hati kita dengan ISTIGHFAR dan kita wangikannya dengan TASBIH....




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...