Skip to main content

AWET MUDA DENGAN AL QURAN



SEORANG guru yang berpesan kepada pelajar, "Jangan kamu tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak kamu baca, urusanmu akan  bertambah mudah".

Pelajar itu patuh dengan nasihat gurunya. Mulanya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari. Hari ke hari jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah  urusannya semakin dipermudahkan oleh Allah.

Dia bertanya kepada gurunya "Cikgu, saya dapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu saya baca semakin meningkat, sedangkan saya sibuk dengan kerja."

Jawab guru, "Waktu seharian kamu jadi berkat kerana banyaknya kamu membaca Al-Quran, terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusan walaupun hanya waktu yang singkat."

Subahanallah. Rupa-rupanya bila kita baca Al-Quran, waktu kita menjadi lebih berkat. Secara logiknya bila kita baca banyak helaian al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama, kan? Dengan sedikit waktu yang berbaki, kita cuma  boleh melakukan sedikit kerja sahaja, tetapi sebaliknya makin banyak al-Quran yang kita baca, kita dapat buat banyak pula urusan lain. Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkatnya waktu tersebut, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh ALLAH Penjaga masa kita.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;
"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak ALLAH ke atas dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 penyakit padanya;
1- Kebingungan yang tiada putusnya;
2- Kesibukan yang tidak ada hujungnya;
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup; dan
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya.
(HR Tabrani)

Dari Sayyidina Abu Musa Radhiyallahu anhu, Baginda Rasulullah SAW bersabda "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagai jeruk, baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran bagai kurma, tidak harum tapi rasanya manis. Perumpamaan org munafik yang tidak membaca Al-Quran bagai buah hanzhalah (sejenis buah yang pahit),tidak berbau dan rasanya pahit. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran seperti bunga, baunya harum tapi rasanya pahit. (H. R. Bukhari  Muslim Nasa'i dan Ibnu Majah) 

Maksud hadits di atas menunjukan perbandingan antara sesuatu yang tidak tampak dengan yang tampak, sehingga lebih mudah dibezakan antara keadaan orang yang membaca Al-Qur'an dengan yang tidak membacanya. Padahal jelas sekali kemanisan dan keharuman Al-Qur'an tidak boleh disamakan dengan jeruk dan kurma. 

Banyak rahasia di sebalik perumpamaan hadits di atas yang menunjukkan keluasan ilmu nubuwwah. Misalnya, jeruk mengharumkan mulut, menguatkan pencernaan, membersihkan lambung, dan sebagainya. Semua manfaat itu, secara khusus juga dihasilkan melalui membaca Al-Qur'an, iaitu mewangikan  mulut, membersihkan batin, dan menguatkan kerohanian. 

Dikatkan bahawa salah satu keistimewaan buah jeruk adalah jin tidak dapat masuk rumah yang di dalamnya terdapat buah jeruk. Jika hal itu benar, ini merupakan suatu keserupaan khusus pada Al-Qur'an. 

Sayyidina Ali Radhiyallahu anhu dalam kitab Al-Ihya menyebut 3 hal yang dapat menguatkan daya ingat, iaitu bersiwak, puasa, dan membaca Al-Qur'an. 



Berkata Abdul Malik bin Umair:
 "Satu-satunya manusia yang Tidak Tua dan Tidak Pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".
 "Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".
Berkata Al-imam Qurtubi :
 "Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah;
 "Perbanyaklah membaca Al-Quran. Jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Ingin dimudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :
 "Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca Al-Quran, oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".

Berkata Abu Zanad :
 "Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu rumah pun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebahagian ahli tafsir :
 "Ketika menyibukkan diri dengan Al-Quran, kita akan dibanjiri sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".
 "Kami memohon agar Allah memberikan taufiq-Nya kepada semua yang sering membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya". 

JADIKAN AL QURAN SAHABAT DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...