Skip to main content

AYAH-AYAH RENUNGKANLAH


SEBENARNYA apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH. Itu satu kesilapan besar. Belum boleh lagi mengaku diri adalah ayah, ibarat orang yang baru memiliki bola, sudah mengaku jadi footballer. Kena belajar bagaimana hendak imbang bola itu.

AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak. Astagfirullah, ramai lelaki yang begitu, tetapi bukan semua. Ayah yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi. Kalau tidak percaya tanyalah isteri-isteri.

Sekiranya ayah yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, dia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Dan lagi, fungsi tarbiyah dari ayah sudah hilang. Ramai AYAH tidak sedar bila anak lelakinya sudah memasuki alam baligh, dan anak perempuannya sudah mula malu-malu. Ruginya ayah..

Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia berpunca juga dari AYAH YANG DURHAKA. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab. Sekiranya ayah ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama. Sekiranya ayah ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.

Mengikut kajian, ramai ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri ayah yang sebenar. Kerana semua pengajar anak zaman masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah. Di manakah AYAH, sang pengajar utama? Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari AYAH GANTIAN mereka di gajet dan Internet. Ramai anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab ayah dirasakan tidak hadir lagi dalam kehidupan mereka lantaran amat sibuk dengan dunianya sendiri.

Wahai ayah-ayah semua, ambillah semangat Al Quran mengenai pendidikan yang mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imran. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin. Ibnul Qayyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata, "Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH."


Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggungjawaban kelak. Rasulullah s.a.w. sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tidak pernah hilang dan diperolehi dari datuk dan ayah saudaranya sendiri. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana ayah terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelar umat terbaik. Di dalam Al Quran terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 di antaranya antara ayah dan anak. Ternyata AYAH LEBIH BANYAK DISEBUT DALAM AL QURAN!

Marilah semua ayah-ayah, libatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi ayahlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya). Ibarat burung yang punyai dua sayap, anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan IBU. Ibu mengasah kepekaan rasa, ayah memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak. Ayah mengajar anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbing menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan prihatin itu sikap utama.

Jom wahai ayah-ayah, pujuklah diri untuk berubah. Letak keprihatinan dalam urusan pengasuhan dan marilah kita membentuk generasi pejuang dunia akhirat. 

Allahuakbar..
Wallahua'lam

SAHABAT DAN KAWAN - PILIH YANG TERBAIK


TOK WAN:
Assalamualaikum, sayang.
Selamat hari jadi yang ke 8. Tok Wan doakan Zek jadi anak soleh yang selalu berjasa pada Mama dan Ayah.

ZEK:
Waalaikumussalam. Terima kasih, Tok Wan. In sya Allah.

TOK WAN:
Macam mana sekolah?

ZEK:
Sekolah best, Tok Wan. Zek ada ramai kawan. Cikgu pun baik-baik belaka.

TOK WAN:
Baguslah kalau macam tu. Hati-hati pilih kawan. Cari kawan yang boleh jadi sahabat, bukan setakat kawan saja.

ZEK:
Eh, ada beza ke kawan dengan sahabat?

TOK WAN:
Memang ada. Kawan biasa cuma untuk masa seronok jer. Time kita sedih atau susah, dia hilang entah ke mana. Zek pilihlah kawan yang boleh jadi sahabat.

ZEK:
Macam mana nak pilih sahabat?

TOK WAN:
Pilih kawan yang berakal, berperangai baik, tak suka cakap bohong dan soleh. Dia akan bantu Zek jadi budak baik dan taat pada Allah. Itulah sahabat. Jangan pilih orang sombong dan buruk perangai. Takut-takut nanti Zek terikut-ikut macam dia, jadi member geng jahat dan buli budak-budak lain. 

ZEK:
Terima kasih Tok Wan sebab bagi nasihat. In sya Allah Zek akan ingat sampai bila-bila.





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...