Skip to main content

CUKUP WALAUPUN SEDIKIT


REZEKI yang ALLAH kurniakan kepada kita bukan untuk kita bolot sendiri. Ada hak orang lain di dalamnya.

Bila terima wang gaji atau upah, perkara pertama patut dibuat ialah pindahkan sejumlah kepada ibu dan bapa. Banyak atau sedikit tidak penting. Walau mereka berdua mungkin ada pendapatan, berikanlah juga sebagai hadiah. Percayalah, duit kita tetap akan cukup!

Jangan lupa masukkan ke dalam TABUNG HAJI. Bagi yang berpendapatan tetap, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Bila sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu telah ada.

Sebagai seorang ketua keluarga, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu sebelum membeli telefon baru, sebelum menukar sport rim baru!

Isteri yang bekerja dan ada pendapatan sendiri boleh bantu suami. Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I” … tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan di atas kemurahan hati isteri! Isteri yang berperanan sebagai suri rumah sepenuh masa, redhalah dengan apa yang ada. Jangan merungut minta itu ini. Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.


Kita dianjurkan sedekah menurut kemampuan masing-masing. Nabi pernah bersabda, "Jika anak cucu adam mati maka semua amal perbuatannya terputus kecuali tiga hal. Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya." (HR. Muslim). Oleh itu lihatlah dahulu ahli keluarga terdekat yang perlu dibantu. Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat. Jika tidak ada ahli keluarga yang perlu dibantu, boleh sahaja bersedekah kepada orang lain. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros. Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali-sekala, apa salahnya belanja kawan dan saudara-mara.

Jika ada kucing datang minta makanan, jangan dihalau. Kucing itu minta sedikit sahaja dari sisa makanan. Kita ada duit beribu-ribu takkan rugi sekadar membeli sebungkus nasi dan beri pada kucing. Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan yang kita beli di pasar. Anggaplah ikan itu rezekinya. Tidak perlu kejar kucing itu hingga ke seluruh kejiranan. Yang diambilnya hanya seekor ikan sahaja. Lainlah kalau kucing itu bawa lari peti sejuk, bolehlah kejar sebab mahal!

Kalau benar kita inginkan syurga firdaus, kenalah ubah perangai kedekut. Hendak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur dan terang dalam kubur nanti, selalulah bersedekah, pada manusia dan juga haiwan.  

Beramallah untuk akhirat kerana ALLAH sentiasa akan mencukupkan dunia bagi kita. Kita perbaiki hubungan baik kita dengan ALLAH, nanti DIA akan perbaiki hubungan baik kita dengan sesama ciptaan-NYA. 

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...