Skip to main content

DEBAT SYURGA-NERAKA


HADIS riwayat Abu Hurairah r.a. dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Neraka dan syurga saling berdebat, lalu neraka berkata, 'Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong.'

Syurga berkata, 'Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin.'

Lalu ALLAH berfirman kepada Neraka, 'Kamu adalah seksa-KU, AKU menyeksa denganmu siapa yang AKU kehendaki.' (Atau ALLAH berFirman? AKU menimpakan bencana denganmu siapa yang Aku kehendaki).'

Dan ALLAH berfirman kepada Syurga, 'Kamu adalah rahmat-KU. AKU limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang AKU kehendaki.' Dan masing-masing kamu memiliki penghuni sampai penuh." (HR Muslim No. 5081).


Ternyata ALLAH tidak suka perdebatan. Sikap suka berkeras bakal mengakibatkan perpecahan dan kehancuran. Bila ada perselisihan pendapat, jalan terbaik ialah perbincangan. Jika masih tiada kata sepakat, berlapang dadalah. Perbezaan itulah keindahan dalam kepelbagaian. Umpama bunga yang bermacam rupa, warna dan baunya.

Imam keempat-empat mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah saling menghormati pandangan masing-masing. Walau berbeza pendapat namun tetap bersatu memegang tali ALLAH. Jika mereka mampu bersatu, mengapa pengikut pula tidak?

#KesatuanDalamPerbezaan

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...