Skip to main content

DI MANA ALLAH DI HATI KITA ...


KITA TAK NAMPAK ALLAH
➽ bila ALLAH sembuhkan kita dari sakit melalui ikhtiar ubat yang kita ambil. Kita nampak ubat tapi tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui kebijakan kita dalam pelajaran. Kita nampak kebijaksanaan kita tapi tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH beri kita kerja yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang kita ceburi. Kita nampak kecemerlangan kita tapi tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH beri kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya kita dalam perniagaan. Kita nampak kegigihan usaha kita tapi tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH kurniakan kita pasangan soleh / solehah serta keluarga yang bahagia. Kita nampak kebaikan dan bertuahnya kita. Kita tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH beri kita zuriat kita nampak hebatnya kita. Kita memandang rendah pada mereka yang tiada anak. Kita nampak kurangnya mereka tapi kita tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH keluarkan kita dari masalah melalui manusia sekeliling kita, kita nampak baiknya manusia itu. Kita tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita, kita nampak hebatnya kita. Kita tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH beri kita segala nikmat yang tak terhitung dan tak mintak dibayar, kita hanya nampak indahnya nikmat itu. Kita tak nampak ALLAH.
➽ bila ALLAH ciptakan kita dan kurniakan  keluarga yang berketurunan hartawan, hidup mewah, kita nampak hinanya orang miskin. Kita tak nampak ALLAH.
➽bila kita seronok berbicara tentang runtuhnya rumahtangga orang, lancang memburukkan dan menyalahkan mereka konon tidak pandai menjaga rumah tangga, kita hanya nampak kelemahan dan keburukan mereka. Kita tak nampak ALLAH.



Mata Hati kita sebagai Manusia masih buta dan samar, disebabkan kotornya segumpal darah bernama HATI sehingga tidak berupaya melihat Maha Pencipta di sebalik kejadian. Sombongnya kita dengan ALLAH. Bangganya kita memegang status sebagai manusia, padahal diri kita sendiri pun bukan Milik kita. Itulah hakikat manusia hari ini. 

Hati adalah masjid yang ditempatkan oleh ALLAH dalam diri orang beriman. ALLAH menyebutkan: "AKU tak cukup ditampungi oleh langit dan bumi, melainkan ditampungi juga di dalam hati orang-orang yang tulus beriman. Hidup tidak mengizinkan manusia berundur  untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Tapi hidup mengizinkan manusia mara ke depan untuk menjadi lebih baik dari dahulu.


Kata Syeikh Ahmad Thayyib, "Untuk hidup di dunia kita perlu berfikir. Untuk hidup di syurga perlu berzikir. Jangan kita terlalu menyibukkan diri dengan berfikir hingga lupa untuk berzikir. Maka jika waktu telah berlalu dan kita lupa untuk mengingati Allah, di waktu itu segeralah bangunkan hati. Walaupun hanya dengan ucapan tasbih dan istighfar. Lalai adalah penyakit dan zikir kepada Allah adalah ubat bagi kelalaian hati."

Justeru, hidupkan hati dengan banyak zikrullah, memadu rindu kepada Zat yang Maha Hidup. Lebuhraya kita dikawal had lajunya dengan kamera AES. Tetapi tidak demikian keadaannya dengan lebuh raya menuju Keampunan Allah. Segeralah mencari keampunan Allah. Pecut selaju yang mampu... kerana destinasi terakhirnya ialah SYURGA. 

Sentiasa Ingat... Datang dari ALLAH... Hidup untuk ALLAH... balik kepada ALLAH... Terima Kasih ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...