Skip to main content

HERBA DI SEKELILING KITA


BAYAM BRAZIL


Antara Khasiatnya:
-Melawan kanser
-Mengekalkan kesihatan mata
-Sumber vitamin K
-Menguatkan tulang
-Membantu menurunkan berat badan
-Meningkatkan sistem imuniti badan
-Membantu sistem penghadaman
-Mengelakkan daripada sembelit
-Membantu melancarkan darah
-Mencegah anemia
-Mengatasi masalah gusi
-Nutrisi yang baik untuk pembesaran
-Mengekalkan stamina
-Mengekalkan kesihatan mulut
-Mengikat kalsium


ULAM RAJA



Khasiatnya:
Memperbaiki peredaran Darah
Oksigen Dalam Darah
Mencuci Darah Bertoksid
Menguatkan Tulang
Awet Muda 
Mengandungi sebatian fenolik iaitu antioksida yang sangat tinggi. 

Apapun, ulam raja tidak boleh diambil secara berlebihan, cukuplah sekadar 3 ke 5 pucuk sehari. Pengambilan yang berlebihan boleh memberi kesan toksid kepada hati dan kandungan pottasium yang tinggi boleh membahayakan pesakit buah pinggang.


DAUN SELOM 


Khasiatnya:
Daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serat.
Daun dan batangnya dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser. 
Air rebusannya boleh diminum sebagai penawar demam selsema, susah buang air kecil dan berak berdarah.
Biji selom dijadikan penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Merawat cirit birit 
Ambil 10 helai daun selom yg segar. Campurkan bersama 2 cawan air. Rebus selama 15 minit. Minum air rebusan yg masih panas. 

Merawat kencing manis 
Ambil 6-8 daun selom yang segar. Campurkan 3 cawan air panas. Biarkan sejuk, minum sebelum makan. Amalkan 2 kali sehari.


RUMPUT SAMBAU


Khasiat Akar
Air rebusannya diminum dapat mengecutkan usus
Merawat cirit birit
Merawat deman panas
Penyakit hati
Meranggang pengeluaran peluh

Khasiat Daun
Cecair yang diperah dari daunnya kemudian ditelan mentah oleh ibu-ibu yang baru melahirkan, dapat memudahkan keluar uri dan merawat masalah usus serta mengelakkan cacing.

Seluruhan bahagian
Air rebusannya jika dimimum mampu merawat:
Pundi kencing
Melawaskan kencing
Merawat artritis  
Badan panas
Bengkak telor
Cirit
Deman kuning
Penyakit hati
Radang paru-paru
Radang pundi kencing
Merawat gigi dan gusi

Air rebusannya jika dicampur dengan akar sintuk boleh digunakan untuk mencuci rambut, merawat kelemumur, mengurangkan rambut gugur, merangsang pertumbuhan rambut.

Kegunaan lain
Batang yang matang dan tua dianyam sebagai bakul atau apa apa alat perhiasan dan ritual.
Bijinya sebagai makanan ayam itik dan burung.. 
Akarnya diguna sebagai alat merenjis bertepung tawar untuk mengubati beberapa jenis penyakit.

ARA TANAH



Mudah dilihat di tepi-tepi jalan, pokok ARA TANAH atau susu nabi amat berguna untuk mengubati ketuat,gout, gatal-gatal akibat alahan atau kudis, buasir dan juga membanyakkan susu ibu. Caranya ialah dengan merebus keseluruhan pokok dan meminum air rebusan itu atau dibuat sapuan di tempat yang gatal atau alahan.


MAHKOTA DEWA


Pokok MAHKOTA DEWA berasal dari Indonesia. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah tinggi, mengurangkan paras gula dalam darah dan mengatasi masalah buah pinggang.Cara makan ialah dengan menghiris buahnya nipis-nipis, dijemur kering dan disimpan dalam balang. Bila diperlukan rebus dan minum airnya seperti teh. Awas, biji jangan dimakan sebab bertoksid.

PETAI BELALANG


Biji buah PETAI BELALANG boleh merawat masalah hati, bengkak buah pinggang, busung, cacing dan kencing manis. Daunnya direbus dan diminum bagi yang mengidap demam kuning. Akar dan kulit kayunya direbus dan diminum bagi menurunkan paras gula dalam darah. Zat besi yang tinggi dalam buah ini mampu menstimulasikan pembentukan sel darah merah bagi pesakit Anemia. Seratnya yang tinggi membantu sistem pencernaan dan mengubati masalah sembelit.Kandungan Trytophan di dalam buah ini dikatakan berupaya menstabilkan mood seseorang yang sedang mengidap kemurungan, Mengamalkannya juga mampu menguruskan badan dan mengurangkan risiko strok. Amalan ini disahkan oleh The New England Journal Of Medicine.



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...