Skip to main content

HORMATI GURU BERKATLAH ILMU



SEJUJURNYA, bila berlaku kejadian ibu bapa biadab terhadap guru yang mendidik anak mereka, timbul rasa sedih dan kasihan kepada si anak, bimbang akan hilang keberkatan daripada kehidupannya gara-gara tindakan ibu bapa sendiri.   


Ibu / bapa yang sedar tentang keberkatan ilmu buat anak-anak mereka sanggup  mencium tangan Ustaz / Ustazah yang mendidik, meskipun mereka jauh lebih muda dari ibu / bapa itu sendiri. 

HILANGNYA KEBERKATAN ILMU
  


Seseorang yang busuk hati ingin memfitnah guru tersohor, Syeikh Abdul Qadir. Dia  telah membuat lubang di dinding rumah Syekh dan mengintipnya. Ketika mengintip itu dia nampak Syeikh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.

Syeikh Abdul Qadir suka makan ayam dan setiap kali beliau makan ayam dan makanan yang lain, beliau makan makanan itu separuh sahaja. Separuh lagi diberikan kepada muridnya.

Orang itu kemudiannya pergi mengadu kepada bapa murid tersebut. 
"Anta ada anak yang namanya inikah?"
Jawab si bapa, "Ya."
"Anak anta belajar dengan Syeikh Abdul Qadir?
Jawab si bapa, "Ya."
"Tahu tak Syeikh Abdul Qadir Jailani telah membuat anak anta seperti kucing sahaja. Syeikh beri sisa makanan kepada anak anta!"

Si bapa marah lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir. "Wahai Tuan Syeikh, saya hantar anak saya kepada Tuan bukan untuk jadi pembantu atau diperlakukan seperti kucing. Saya hantar kepada Tuan supaya anak saya jadi alim ulama." 

Syeikh Abdul Qadir hanya menjawab ringkas saja, "Kalau begitu ambillah anakmu."

Maka si bapa pun membawa anaknya keluar. Sambil berjalan pulang si bapa bertanya pada anaknya beberapa hal mengenai ilmu hukum syariat. Ternyata semua soalannya dijawab dengan betul. Maka bapa tadi berubah fikiran dan membawa anaknya kembali kepada Tuan Syeikh Abdul Qadir.

"Wahai Tuan Syeikh, terimalah anak saya untuk belajar dengan tuan kembali. Tuan didiklah anak saya, ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan tidak diperlakukan seperti kucing. Saya melihat ilmu anak saya sangat luar biasa bila bersamamu.

Maka jawab Tuan Syeikh Abdul Qadir, "Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali, tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ilmu."

ALLAH menutup futuh (keterbukaan) untuk mendapat ilmu disebabkan seorang BAPA yang tidak beradab kepada GURU, lalu ANAK yang menjadi  korban.

Begitulah adab dalam menuntut ilmu. Anak, Ibu, bapa dan sesiapa jua perlu menjaga adab kepada guru. Kata ulama: Satu sahaja prasangka buruk kepada guru, maka Allah haramkan seluruh KEBERKAHAN yang ada pada guru kepadamu. 

NASIHAT UNTUK YANG BERGELAR MURID
Setinggi manapun kita belajar,
Setebal manapun kitab yang kita khatam,
Gelaran apapun yang kita terima,
Besar manapun pangkat kita,
Kita tetap perlu menjadi KOSONG di hadapan mana-mana GURU kita. Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita menuju ke akhirat.

Banyak berlaku pada hari ini, dahulunya MURID di hadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman menjadi orang berjabatan, tiba-tiba dia berlagak menjadi GURU di hadapan GURU.

Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dahulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharapkan MURID menjadi lebih daripada mereka. Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUnya.

Duhai MURID, jangan mudah LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU, mungkin kau tak kenal jalan ini. Jangan hilang ADAB dengan GURU! Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

Kalau murid itu umpama bulu mata, maka guru umpama kening. Walau tinggi mana "bulu mata" naik, takkan sampai setara dengan "kedudukan kening" guru.

Begitulah ADAB dalam menuntut ilmu..

Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru. Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita. Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru. Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan guru?

Kata ulama: Satu prasangka buruk sahaja kepada guru maka ALLAH haramkan seluruh keberkatan yang ada pada guru kepadamu..

Semoga ALLAH jadikan kita  orang yang beradab kepada makhluk-NYA terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita...
Aamiin.

CERITERA BERHIKMAH


MURID: 
"Cikgu ingat tak masa sekolah dulu saya pernah curi jam tangan kawan sekelas? Bila budak tu mengadu pada cikgu sambil menangis, cikgu suruh kami semua berdiri dan menutup mata masing-masing dengan sapu tangan, sebab cikgu nak periksa poket seluar kami. Saya rasa takut cikgu jumpa jam tangan dalam poket saya dan memalukan saya di depan murid-murid lain.  Tapi saya rasa hairan bila cikgu  cuma ambil jam tangan itu dan serahkan kepada budak yang menangis. Cikgu langsung tak sebut siapa yang mencurinya. Saya kagum dengan sikap cikgu. sejak hari itu saya berubah terus menjadi baik."

GURU: 
"Masa menggeledah poket  budak-budak, cikgu pun tutup mata dengan sapu tangan juga. Sengaja cikgu buat begitu supaya cikgu tak cam pencuri yang sebenar. Cikgu tak mahu malukan sesiapa sebab cikgu sayang semua murid cikgu."

IBRAH
Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain. Memalukan seseorang dengan satu kesalahan boleh menghancurkan dirinya dan masa depannya. Memaafkan, mengampuni adalah kebijaksanaan,



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...