Skip to main content

KEHILANGAN AMALAN


RAMAI yang takut kehilangan! 
Tapi kita tetap akan kehilangan. 
Apatah lagi kehilangan sebuah amal. 
Sebab itu, jangan menganggap remeh kehilangan sebuah amal. 

Orang lain boleh baca al Quran, kita tidak!
Orang lain boleh berpuasa, kita tidak!
Orang lain boleh tahajjud, kita tidak!
Orang lain boleh berdhuha, kita tidak!
Orang lain boleh berinfaq, kita tidak!
Pada hal kita mampu melakukannya tapi kita tidak buat. Mesti ada sesuatu yang menghalangi kita dari melakukan amalan begini.


Memang, tidak lain yang menghalangi kita melainkan hanyalah dosa dan maksiat yang kita buat setiap hari. Hati jadi keras. Fikiran jadi serabut. Kelazatan sirna..Itulah kesan dan implikasi maksiat. Maksiat mata. Maksiat telinga. Maksiat kaki. Maksiat tangan dan anggota lainnya. Semakin kita biarkan dosa dan maksiat kita, semakin jauh kita terhalang untuk melakukan kebaikan.

Jangan biarkan futur menguasai diri. Kelak kita akan banyak kehilangan amal amal dan waktu tidak akan menunggu kita dan berat bagi kita untuk mengejar amal yang tertinggal. Kita harus waspada akan kehilangan kehilangan!

Jangan kita hanya sibuk kehilangan duniawi kerana kehilangan duniawi tiada masalah pun buat kita tetapi jika kita kehilangan ladang amal, kehilangan nikmatnya ibadat, kehilangan manisnya sujud, kehilangan airmata taubat maka kita akan kehilangan keseluruhan hidup ini.


Sebaik-sebaik kaya ialah kaya hati.
Sebaik-sebaik bekal ialah taqwa. 
Seburuk-buruk buta ialah buta hati. 
Sebesar-besar dosa ialah dusta. 
Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba. 
Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim.
Siapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan ALLAH dan siapa yang mengampuni orang akan diampuni ALLAH."
(Ibnu Mas'ud RA)

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...