Skip to main content

LETAK LIDAH DI HATI



DUNIA adalah Darul Asbab iaitu tempat berlakunya sebab dan akibat. Jom cipta sebanyak-banyak kebaikan kerana ia merupakan satu-satunya hal yang tidak pernah mati apabila seseorang hamba kembali ke kampung abadi.

Dalam kehidupan seharian, lihatlah bencana yang hitam dengan hati yang bersih. Dengan demikian kita mampu mendapat kebaikan daripada satu keburukan. Sangka baik, dapat baik. Rasulullah s.a.w. dibaling batu ketika berdakwah di Taif namun terus bersangka baik sehingga mendoakan, “Ya Allah, ampunkan kaumku kerana mereka tidak tahu. Aku mengharapkan zuriat mereka kelak akan beriman dengan seruanku.”

Dalam bersangka baik, perlu juga ditegur sekiranya berlaku kesalahan dan kemungkaran secara terang-terangan dan berulang-ulang. Bila berdepan dengan orang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita sendiri pernah mengalami pengalaman yang pahit akibat perbuatannya, jangan bersangka buruk, tetapi berhati-hati. Berilah peluang untuk dia percayai kita dan untuk kita sendiri mempercayainya, namun beringat-ingatlah supaya tidak jatuh dalam ‘lubang’ yang sama dua kali atau berkali-kali.


Jangan mudah menghukum terutama sebelum kita benar-benar kenali seseorang itu.Orang yang sibuk menghukum tidak akan sempat memberi kasih sayang. Kekadang belum pun berkenalan, apa lagi bercakap-cakap, baru melihat wajahnya sahaja terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya.

Acap kali seseorang dihukum kerana kisah lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Orang baik dapat melihat kebaikan, orang jahat hanya melihat keburukan. Soalnya, bukan ‘apa’ yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihatnya bergantung kepada siapa diri kita – who you are determine how you see. Untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan, betulkan dahulu pandangan mata hati dan fikiran.Ingatlah, orang yang tidak memberi kasih sayang, tidak akan mendapat kasih sayang.

LETAKKANLAH LIDAH DI HATI.....BUKAN MELETAKKAN HATI DI LIDAH !!



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...