Skip to main content

LINDUNGI DIRI DARI API NERAKA


BOLEH bayangkankah kalau di akhirat nanti, kita dicampak masuk ke neraka kerana dosa-dosa kita yang kita sengaja ringan-ringankan semasa di atas dunia ini? Cuba fikirkan kalau setakat seminggu sahaja kita berada di dalam neraka…

لا يموت فيها ولا يحيى
“Di dalamnya, tidak hidup dan tidak mati…”

Panas yang tidak dapat dibayangkan… suasana gelap… seksaan tanpa henti… terus dibakar… kulit yang hangus, diganti kulit baru untuk dibakar lagi… kesakitan bertambah, bergerak ke depan sakit, bergerak ke belakang sakit, pusing ke mana pun yang ada cuma kesakitan. Busuk. Tidak selesa. Bising dengan jeritan dan pekikan. Tiada tempat hendak lari dari sana!

Kalau hendak diceritakan macam mana pun sakit dan peritnya, takkan sama. Kedahsyatan yang tidak dapat dibayangkan. Sedangkan panas sedikit di atas dunia ini pun kita merungut tak berhenti. Bagaimana hendak tahan di dalam neraka itu? Memang tidak ada sesiapa yang tahan berada di neraka.. Ketika itu penghuni-penghuninya merayu-rayu agar dikeluarkan dari sana.


Tiada lagi penerimaan rayuan hari itu. Kerana, masa untuk merayu sudah tamat. Hendak merayu, sekaranglah masanya. Menangislah sungguh-sungguh, mohon keampunan daripada ALLAH S.W.T. supaya diselamatkan dari api neraka.

Ramai yang sanggup korbankan diri dihumban ke dalam api neraka kerana mentaati nafsu. Cubalah 
bersabar sekarang, semasa atas dunia, kerana kita tidak akan dapat sabar di dalam neraka sana. Taatlah Allah sungguh-sungguh. Korbankanlah perasaan kita untuk ketaatan sebelum masa tamat. Jangan lagi lagi hanyut dalam emosi dan perasaan.

Biar hati sakit sekarang kerana ditekan supaya menyempurnakan hak-hak ketaatan sebelum badan sakit di neraka nanti kerana seksaan demi seksaan... 

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ أُحُدًا جَبَلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ، وَهُوَ عَلَى تُرْعَةٍ مِنْ تُرَعِ الْجَنَّةِ ، وَعَيْرٌ عَلَى تُرْعَةٍ مِنْ تُرَعِ النَّارِ) .


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...