Skip to main content

MAKSIAT


"Wahai anakku, jika nafsumu mengajak untuk berbuat dosa, maka pandanglah ke atasmu dan malulah pada penduduk langit. Jika tidak, pandanglah ke bawahmu dan malulah pada penduduk bumi, maka bila kau tidak takut kepada penduduk langit dan tidak malu kepada penduduk bumi, maka anggaplah dirimu itu dari golongan binatang yang tidak berakal!"

JANGAN remehkan maksiat! Antara kesan-kesan melakukan dosa maksiat:

Murka Allah
Dalam hadis Qudsi S.W.T berfirman, “AKU ALLAH, tidak ada Tuhan selain-KU. Bila ditaati AKU redha dan bila didurhakai AKU murka. Jika sudah murka, AKU mengutuk dan kutukan-KU bisa sampai tujuh keturunan ”

Kebencian orang-orang yang beriman
Imam As Syafie berkata, “Berhati-hatilah jangan sampai di antara kalian ada yang dikutuk orang-orang yang beriman, tetapi ia sendiri tidak sedar. “ Lalu orang bertanya kepadanya, “Bagaimana itu bisa terjadi ? ” Beliau menjawab, “Ia melakukan maksiat kepada ALLAH, lalu ALLAH membuat hati orang-orang beriman benci kepadanya. ”

Allahu Allah ..

Terhalang dari rezeki
Rezeki turun dari langit, namun ia boleh terputus kerana maksiat. Tidaklah rezeki berkurang kecuali kerana maksiat.

Terhalang dari Ilmu
Imam Malik berkata kepada Imam Al- Syafie, ” Kulihat ALLAH telah membuat wajahmu bercahaya dengan ilmu. Kerana itu, jangan padamkan cahaya itu dengan maksiat! ”

Ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan hinggap di hati orang yang melakukan maksiat!

Bencana besar
Saidina Ali r.a berkata “Bencana tidak turun kecuali kerana maksiat dan tidak lenyap kecuali dengan taubat ! ”

Terasing dari ALLAH
Engkau rasa jauh dari ALLAH, dan tidak tahu cara mendekatkan hati kepada-NYA.

Terasing dari manusia
Seorang ulama mengungkapkan, “Aku melihat kesan maksiatku dalam perilaku isteriku, anak-anak dan tungganganku ; tungganganku tidak mahu berjalan, anak-anakku memperlakukana ku dengan buruk, dan isteriku tidak lagi taat kepadaku. ” Mengapa semua ini terjadi ? Tidak lain kerana maksiat!

Kelamnya wajah dan hati
Ibn Abbas r.a menuturkan, “Maksiat mendatangkan kelam pada wajah, kegelapan pada hati, kebencian di hati manusia, kelemahan pada jasad, dan kekurangan dalam rezeki. Sedangkan ketaatan mendatangkan keceriaan pada wajah, cahaya pada hati, kecintaaan di hati manusia, kekuatan pada jasad dan kelapangan dalam rezeki ”

Terhalang dari ketaatan
Fudhail B Iyadh mengatakan; jika engkau tidak mampu bangun malam dan puasa di siang hari, ketahuilah bahawa dirimu sedang dipenuhi maksiat.

Maksiat berangkai
Saat melakukan suatu maksiat, ia seakan-akan berangkai. Selepas satu, satu dan kemudiannya satu lagi. Sebagai contoh, kita menonton cerita-cerita yang kurang elok di televisyen. (mode : Romantik) Lalu, kita juga teringin punya pasangan. Dan kita berhasil memperolehnya. Kemudian kita couple, berpegangan tangan dan kemudiannya ...dot dot dot ... (Faham-faham sendirilah!)

Lemahnya akal
Seorang ulama berkata, “Barang siapa bermaksiat kepada ALLAH, sebahagian akalnya lenyap dan tanpa pernah kembali kepadanya hingga Hari Kiamat.”

Pengkhianatan lisan di saat diri betul-betul memerlukan
Ketika hendak mati, lidah kelu untuk menyebut nama ALLAH. Lidah bagai tertindih gunung. Cuba bayangkan!


Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (Syurga ) dan tambahannya (Kenikmatan melihat ALLAH ). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula ) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, Mereka kekal di dalamnya.

Adapun orang-orang yang berbuat kejahatan (akan mendapat balasan) kejahatan yang setimpal dan mereka diselubungi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) ALLAH, seakan-akan wajah mereka ditutupi dengan kepingan  malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Yunus ayat26-27).


Sahabatku,

Andai Rabb bertanya, "Tidak malukah kamu, ketika melakukan maksiat pada-KU, kamu hanya sembunyikan aibmu itu di hadapan makhluk-KU, sedangkan kamu melakukannya di hadapan-KU?"

SubhanALLAH! Ketika itu kitalah manusia paling hina disebabkan dosa-dosa maksiat kita kepada-NYA. Semakin dunia masuk ke dalam hati, semakin jauhlah ALLAH dari hati.

Ingatlah ALLAH setiap kali kita melakukan apa jua dosa. Ingat merupakan satu hidayah bagi hamba ALLAH yang beriman. Ingatlah pada ALLAH walau di mana pun kita berada. Akuilah segala kesalahan itu dengan jujur kerana Allah bersifat pengampun.

"Siapa yang merasa bahagia dengan ibadah yang dia kerjakan, dan merasa sedih kerana maksiat yang dia lakukan, maka itulah mukmin." (HR. Ahmad, 115, Tirmidzi, 2318)

Sahabatku,

Berpindahlah dari akhlak yang buruk kepada akhlak yang lebih baik.
Berpindahlah dari berbuat dosa dan cari keampunan-Nya.
Berpindahlah dari sikap yang menyusahkan orang lain menjadi lebih berdikari.
Berpindahlah dari kegelisahan menuju keyakinan sepenuhnya kepada Ilahi.

Sahabatku,

Jangan fikirkan apa yang tidak ada, tetapi fikirlah dengan apa yang ada.
و في أنفسكم أفلا تبصرون
Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya?

Lihatlah pada diri sendiri. Nescaya akan terlihat kebesaran ILAHI. Dan bila terlihat nikmat ALLAH yang pada diri, bersyukurlah.

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...