Skip to main content

MENGUTIP CERITA PALSU



DOLAH mengumpat mengenai jirannya. Dalam beberapa hari, seluruh kejiranan sudah tahu. Jirannya rasa sakit hati tetapi mengambil sikap berdiam diri kerana yakin lambat-laun kebenaran akan terbongkar. Beberapa hari kemudian, Dolah baru sedar cerita yang disebarkannya itu tidak benar, palsu. 

Dia menyesal lalu menemui seorang ustaz untuk mendapatkan cara memperbaiki kesalahannya. Ustaz suruh Dolah ke pasar dan membeli penyapu bulu ayam. Dalam perjalanan balik ke rumah, bulu ayam pada penyapu itu hendaklah dicabut satu persatu dan ditaburkan di sepanjang jalan. 

Suruhan itu memang pelik namun Dolah tetap melakukannya. Kemudian dia kembali menemui ustaz. "Sekarang pergilah dan kumpulkan semula semua bulu ayam yang awak buang dan bawakan kepada saya".

Dolah menyusuri jalan yang sama, tetapi angin telah menerbangkan bulu-bulu itu ke merata-rata tempat dan arah. Setelah mencari beberapa jam, dia kembali hanya dengan tiga helai bulu ayam sahaja.

Kata ustaz, "Tengoklah. Sangat mudah menyebarkannya, tapi tak mungkin mengumpulnya semula. Macam mengumpat jugalah,hendak menyebarnya mudah, bila dah tersebar, apa-apa pun tak mampu menariknya kembali. Yang boleh awak buat ialah pergi mohon maaf pada jiran itu.

TOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN


SHIDAH: 
"Masa cakap di telefon tadi Tok Mek suruh Shidah datang sini ambil beras dan hantar ke rumah Tok Sawai, kan. Isy, tak fahamlah Shidah. Kenapa Tok Mek susah-susah nak tolong dia pahal dulu dia buat fitnah macam-macam pada keluarga Tok Mek."

TOK MEK:
"Alah, Tok Mek dah maafkan dia."

SHIDAH:
"Tapi fitnah tu tak betul. Mana ada dia  minta maaf pada Tok Mek? Buat muka selamba adalah."

TOK MEK:
"Tak kisahlah tu. Sekarang ni dia tengah susah, rumahnya terbakar. Terpaksa menumpang di pondok buruk anaknya pulak. Kita kan sekampung, kenalah tolong dia."

SHIDAH:
"Tok Sawai tu Siam kapir. Buat apa nak tolong dia? Bukan dapat pahala pun." 

TOK MEK:
"Jangan cakap macam tu. Nabi sendiri pernah buat baik pada perempuan Yahudi yang selalu aniaya kat dia. Baling batu...simbah air...lempar najis pun ada. Tapi akhirnya perempuan Yahudi tu insaf dan peluk Islam. Manalah tau, entah-entahkan Tok Sawai pun jadi macam tu. Hidayah tu bukan kita yang punya."

SHIDAH:
"Beras yang Tok Mek nak bagi kat Tok Sawai ni bukankah beras yang cucu Tok Mek yang beli, kan? Habis tu Tok Mek nak makan apa pulak?"

TOK MEK:
"Ada lagi berasnya. Insya ALLAH, bila Linda balik hujung bulan ni nanti, bolehlah beli beras baru."

SHIDAH:
"Beruntung Tok Mek ada cucu yang ambil berat. Kak Linda kerja jauh-jauh pun rajin balik kampung."

TOK MEK:
"Banyak pulak membebel budak ni. Jom pergi dapur. Tolong angkat kampit beras tu."

SHIDAH:
"Hi hi hi...Dapat pahala jadi tukang angkat dan tukang hantar pun jadilah..."


ALLAH S. W. T. berfirman:
“Dan tidaklah sama kebaikan dengan  kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka orang yang mempunyai rasa permusuhan terhadap kamu akan menjadi seperti seorang sahabat karib.” (Surah Fushilat ayat 34).




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...