Skip to main content

PERINGATAN BUAT YANG ALPA


PERINGATAN KEPADA DIRI... Bacalah dengan mata dan hati:

Jahat atau baiknya kita, solat jangan ditinggalkan. Kita solat bukan sebab kita baik. Kita solat sebab itu adalah perintah. ALLAH menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup dan rezeki bagi hamba-NYA yang solat.

NABI s.a.w. tidak kagum dengan pangkat dan kekayaan. Jika tidak, sudah tentu gunung yang hendak ditukarkan menjadi emas tidak ditolak oleh BAGINDA.

Orang bekerja selalunya seronok kalau dapat bonus. Itu masa kita masih hidup. Tapi kalau sudah mati, dapat anak tidak tinggal solat dan pandai Al Quran itu bonus. Sedekah dan ilmu yang dikongsi itu juga bonus.

Sehebat mana atau sehina mana pun, kita tetap akan mati. Takut atau berani, atau sayang macam mana pada kehidupan ini tetap akan mati. Hakikat hidup di dunia ini adalah kematian di akhirnya. Kematian, sakaratul maut dan alam barzakh itu pasti.

Renungkan saat sendirian setelah mati. Nanti lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun. Kita tidak bawa segunung harta, atau ijazah tertinggi yang kita ada.  Kita hanya mengharap Rahmat ALLAH, Tuhan sekalian alam. Teruslah melangkah selama berada di jalan yang baik. Meskipun kebaikan tidak sentiasa dihargai. Tidak perlu jelaskan tentang diri kita kepada sesiapa pun. Orang tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kita buat. Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini berbeza dari semalam. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk setiap hamba ALLAH. Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa.

PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR SAMA...


Di usia senja, cantik dan hodoh sama saja. Betapa cantik pun, kedutan, darkspot, kulit kendur, tidak boleh disembunyikan dengan gincu dan bedak. Pendidikan tinggi dan pendidikan rendah, kedudukan tinggi dan kedudukan rendah sama saja. Bila bersara, tak ada lagi bos atau bawahan. Rumah besar dan rumah kecil sama saja. Tulang sendi, lutut dan kaki sudah mulai longgar, semakin sulit hendak bergerak. Yang diperlukan cuma ruang kecil untuk didiami. Punya duit dan tidak punya duit sama saja. Hidangan lazat yang mahal tidak boleh masuk lagi ke tubuh kerana lidah sudah hilang rasa. Kita pun tidak berupaya pergi melancong jauh-jauh untuk menghabiskan duit kita.

Saat ajal tiba, kaya miskin sama saja. Tubuh hanya dibalut kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama. Orang yang  menangisi kita kemudian akan melupakan kita kerana mereka perlu meneruskan hidup yang penuh dengan persoalan.

Oleh kerana itu, semasa hidup jangan bangga dengan apa yang kita ada kerana kita akan berakhir sama. Jangan bermati-matian mencari duit sampai lupa amal ibadah bekalan akhirat. Penghujung nyawa nanti kita tak memiliki apa-apa, kecuali AMAL KEBAIKAN DAN IBADAH YANG DIBAWA DI AKHIR CERITA...

KANTUNG YANG BOCOR


Imam Masjidilharam almakki dalam khutbahnya mengatakan:

إحذروا الكيس المثقوب 
Hati-hati dengan kantung yang bocor

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' كيس مثقْوب
Engkau telah berwudhu dgn sebaik-baik wudhu akan tetapi engkau boros memakai air, (itu sama dengan) kantung bocor

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti) kantung bocor

تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم كيس مثقْوب
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari,  dan mentaati Tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahmi, (jelas itu adalah) kantung bocor

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن كيس مثقْوب
Engkau sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci, (itu sama dengan) kantung bocor.

" تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس "لكـن .. العطر فواح كيس مثقْوب
Engkau memakai baju kerudung dan kebaya, tapi minyak wangi menyengat, (itu) kantung bocor.

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه كيس مثقْوب
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu) kantung bocor

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران .
Pada akhirnya engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam kantung bocor.  Satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau mencicirkannya dengan mudah di sisi lain. 

Ya Rabb, kami mohon hidayah dan ampunan ke atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

عجائب الشعب العربي :
Keganjilan-keganjilan kaum muslimin umumnya :

1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
 ألا إن سلعة الله غالية
1. Tidak mampu pergi haji kerana biayanya besar, tetapi sanggup pergi melancong mengganti suasana, bukankah perdagangan ALLAH itu mahal

2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
 ألا إن سلعة اللَّـه غالية
2. Tidak sanggup membeli haiwan korban kerana harganya mahal, tapi sanggup membeli iPhone berganti model, bukankah perdagangan ALLAH itu mahal.

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
ألا إن سلعة الله غالية
Sanggup membaca chatting hingga seratus percakapan tiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al Quran dengan dalih tidak ada masa, bukankah perdagangan ALLAH itu mahal.

Naudzubillahminzalik!!!




Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...