Skip to main content

QALAM ALLAH


DI DEWAN SOLAT Masjidil Haram itu seorang lelaki tua mendekati Cikgu Ghani sambil tersenyum dan berkata,"Tumpang dengar bacaan, ya. Saya dah tak boleh baca Quran lagi sebab mata kabur, tak nampak baris." Cikgu Ghani turut tersenyum dan dapat melihat nur keimanan yang tergambar pada mata lelaki tua tersebut. 

Cikgu Ghani meneruskan bacaan dengan suara yang sedikit kuat agar dia boleh mendengarnya. Tunduk khusyuk mendengar, jarinya menguis-nguis karpet masjid. Selepas beberapa ayat berlalu, dia kelihatan mengesat air mata. Tangisan itu kemudiannya menjadi esakan. Cikgu Ghani berhenti seketika, menyapu belakang dan memeluk bahu tua itu ke tubuhnya. 

"Masa muda dulu, saya jarang baca Al Quran. Khatam Al Quran hanya sekali ketika masih bebudak. Bila dah tua begini, baru teringat, tapi mata pula dah tak nampak. Kalau baca pun banyak yang salah."

Cikgu Ghani memujuk dengan mengatakan yang mendengar pun macam membaca juga, sambil  mencadangkan dia membaca surah-surah yang dihafalnya walau berulangkali. Nabi dulu menghafal bukan membaca pada mushaf, tetapi bertadarus dengan Jibril. Kata-kata itu melegakan hatinya dan Cikgu Ghani pun meneruskan bacaan.
  
MUHASABAH DIRI:
Bacalah Al Quran selagi masih ada kesempatan, sebelum nikmat pancaindera yang ALLAH kurniakan ditarik balik satu persatu. Ingatlah setiap anggota tubuh akan menjadi saksi di akhirat. Biarlah mata bersaksi bahawa ia kerap melihat ayat Al Quran, lidah bersaksi ia menuturkan ayat Al Quran, jari bersaksi ia menunjukkan ayat Al Quran yang dibaca dan telinga bersaksi mendengar ucapan Al Quran dari mulut.

Di Masjidil Haram itu ramai manusia yang berada di dalamnya tetapi mereka tidak membuka Al Quran. Sebaliknya duduk melangut ke sana sini membuang masa. Kalau ada yang menggunakan masa dengan berzikir, syukur Alhamdulillah. Tetapi sesetengahnya hanya berbisik berbual kosong. Mungkin salah satu faktornya ialah mereka tidak tahu membaca Al Quran, dan mungkin juga tidak ada keinginan untuk membacanya kerana tidak dibiasakan.

"Jibril menemui Nabi s.a.w. setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu malaikat Jibril saling membacakan bacaan Al-Quran bersama dengan baginda” (HR. Al-Bukhari (5) dan Muslim.

Marilah kita memulakan langkah. Biarlah bertatih, dari tidak langsung melangkah. Nabi menyebut “Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya sebuah kebaikan. Dan sebuah kebaikan dilipatgandakan sepuluh kali.”

Dari Ibnu 'Abbas ra. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Quran laksana sebuah rumah yang runtuh." (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

Jika seorang hamba ALLAH yang sudah begitu tua tapi masih lagi berusaha untuk mendekati Al Quran, walau hanya untuk mendengar, maka tanyalah diri sendiri: Kita di tahap mana? Wallahua'lam.



CERITERA CUCU ATUK

CUCU: “Atuk, saya baca Quran hari-hari tapi saya tak faham maksudnya. Kalau faham pun, saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Buat apa baca kalau tak faham?”

ATUK; “Sebelum Atuk jawab, kau ambil bakul ni dan pergi ke sungai, isi air dalam bakul dan bawa ke sini.”

ATUK: “Kau lambat sangatlah, cuba lari laju-laju sikit”

CUCU: “Tak bolehlah, Atuk. Tak ada gunanya. Habis bocor.”

ATUK: “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

CUCU: “Eh, tadi bakul ni kotor, sekarang dah bersih.”

ATUK: “Macam itulah dengan membaca Al-Quran. Walaupun tak faham maksudnya, tetapi ayat-ayat tu tetap membersihkan hati orang yang membacanya. Itu semua dengan kehendak ALLAH. Kerja ALLAH.”

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...