Skip to main content

SAKARATUL MAUT


DI ANTARA saat yang paling ditakuti ialah saat Sakaratul Maut. Ketika nyawa di kerongkong sebelum dicabut keluar oleh malaikat Izrail. Inilah saat penentu nasib kita di akhirat.

Seperti amal ibadah yang dikira di penghujung, sama ada ikhlas atau tidak, begitu juga dengan kehidupan kita, dikira pada penghujungnya. Di saat akhir inilah Iblis dan Syaitan berusaha habis-habisan untuk menyesatkan manusia. Mereka datang secara gerombolan. Ada syaitan yang datang menyerupai ibu bapa, guru dan sebagainya. Ada syaitan yang datang menyerupai benda yang kita sayang dan menyerupai benda yang kita benci. Sasaran utama syaitan ialah "supaya Anak Adam mati dalam keadaan tercabut iman (tidak membawa iman)" 

Keadaan ketika Sakaratul Maut amat mengerikan. Di antaranya dibuka hijab hingga orang yang hampir mati itu dapat melihat alam ghaib, dapat melihat seluruh amalan waktu dia hidup dan dapat melihat nasibnya di akhirat nanti.


Mati dalam beriman serta dapat mengucap "Laaa ilaaha illallah" adalah HARI RAYA bagi seorang mukmin. Masakan tidak, orang yang dapat mati dalam beriman dijanjikan keselamatan di negeri akhirat, terlepas dari azab neraka serta dibalas dengan SYURGA...

Berdebar bila membaca... 
Allahu Akbar

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

NAFSU SYAHWAT

Sahabat .... Diceritakan bahawa hawa nafsu hanya tunduk di bawah naungan puasa sahaja. Selain itu ia tidak pernah tunduk kepada sesiapa, termasuk ALLAH S.W.T. Malah, kalau cuba dimatikan pun ia akan tumbuh dalam bentuk yang lain pula. Sifat nafsu adalah BERKEHENDAK. Dari sudut nafsu seks, segala-galanya ia mahu. Tidak kira halal, haram, yang terkutuk, wanita, lelaki, transgender malah haiwan juga. Begitu juga nafsu-nafsu lainnya. Nafsu memasuki diri manusia dengan jalan kebendaan, kemewahan, hiburan, pakaian, glamor dan pelbagai lagi. Jalan ini amat mudah ia masuki kerana kebanyakan orang punya kelemahan yang begini. Akan tetapi, jika ia dilatih dan dipaksa oleh pemiliknya untuk tawaduk dan selalu berusaha membaiki diri, maka ia akan kalah. Tidak mudah untuk melawan mahu pun memujuk nafsu jika pemiliknya tidak punya kekuatan rohani yang tinggi. Sebab itu kita tidak boleh hidup bersendiri tanpa ikatan dengan jemaah Islam atau kelompok usrah yang membolehkan kita mentarbiyah d...