Skip to main content

TAKUT PADA ALLAH




IMAM Abu Laits Assamarqandiy rahimahullah berkata, tanda takut kepada ALLAH itu terlihat pada insan yang menjaga:

LISANNYA 
Dia menahan lisannya dari dusta, ghibah (bercerita hal aib orang lain), namimah (mengadu domba), dan bercakap yang berlebihan. Lisannya senantiasa sibuk berzikir kepada ALLAH Ta’ala, tilawah Al Quran dan berdiskusi ilmu syar’ie.

HATINYA 
Di hatinya tiada rasa permusuhan, kedustaan dan rasa dengki kepada saudaranya. Hasad  dengki yang menghapus kebaikan adalah penyakit kronik yang menjangkiti hati dan tidak mudah diubati kecuali dengan ilmu dan amal.

MATANYA
Dia tidak melihat pada perkara yang haram, di segi makanan, minuman, pakaian dan insan lawan jenis. Dia memandang dunia untuk meraih kebaikan yang boleh diambil bagi akhiratnya. 

PERUTNYA
Dia tidak mengisikan benda yang haram ke dalam perutnya kerana sedar itu adalah dosa besar.

TANGANNYA
Dia hanya menghulurkan tangannya dalam hal-hal kebajikan dan kebaikan demi ALLAH Taala. Tidak melibatkan tangannya dalam hal rasuah, pecah amanah, mencuri hak orang lain juga pemalsuan. Fokusnya hanya kepada ketaatan kepada ALLAH.

KAKINYA
Dia tidak berjalan untuk bermaksiat kepada ALLAH, sebaliknya dia berjalan untuk mencari ilmu dan keredhaan-NYA serta bertemankan ulama dan orang-orang soleh.

KETAATANNYA 
Ketaatannya hanya untuk Allah Ta’ala dan sangat berhati-hati supaya tidak tertimpa sifat-sufat buruk seperti riyak, nifaq, ujub dan iri hati.

Dialah insan yang dimaksudkan dalam firman ALLAH:

وَالْآخِرَةُ عِنْدَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ

“Kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” 
(Surah Az Zukhruf ayat 35)


UPDATE FACEBOOK DARI KUBUR



ANAK: 
"Ayah, boleh tak Adik update facebook dari dalam kubur?"

AYAH: 
"Tak boleh sayang. Kalaulah Facebook boleh di update dari dalam kubur selepas mati, mungkin ini status yang Adik akan tulis:
“Besarnya ular! Banyaknya kepala dia! Lipan banyak, Kala jengking besar-besar jugak! ALLAH! Mak! Ayah! Tolong keluarkan Adik dari sini! Arghhhhhh! Tulang rusuk kanan  dengan tulang rusuk kiri kena himpit! Sakitnya kena pukul dengan malaikat! Mak! Ayah! Badan Adik terbakar! ALLAH! Hantarkan Adik balik ke dunia! Adik janji akan taat!" 

Masa tu Adik merayulah macam mana pun, Adik takkan dapat balik ke dunia lagi. Update Facebook tak perlu. Yang penting update iman, akhlak dan ilmu Al Quran."
 
ANAK: 
"Ayah simpanlah iPad ni. Adik tak nak lagi. Esok ayah tolong  carikan adik tempat belajar Quran. Adik nak belajar mengaji."




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...