Skip to main content

TUKAR YANG SELALU KEPADA YANG TERBAIK



YANG SELALU:
Bangun, Jann...bangun cepat. Kejap lagi nak pergi sekolah.

TUKAR KEPADA YANG TERBAIK:
Bangun, Jann...bangun cepat. Kejap lagi kita nak solat...nak sarapan...nak pergi sekolah.

Kita suka bila anak-anak kita di taska/tadika petah bercakap, pandai baca ABC, Alif Baa Taa, kira 123, baca Al Fatihah dan 3 Qul walaupun bunyinya pelat, pandai nyanyi dan menari. Yang terbaik ialah bila kita tanamkan perasaan kecintaan kepada ALLAH melalui solat -  tunggak utama ibadah yang membentuk peribadi dan akhlak bila ditekuni dengan rasa khusyuk.

Otak anak kecil bagai span, mampu menyerap dan meniru banyak contoh yang dilihat di sekeliling kehidupannya. Dia belajar melalui penglihatan dan pengamatan, bukan perkataan  dan suruhan. Jika yang dilihat itu baik, Alhamdulillah. Jika yang dilihat itu buruk, Naudzubillah min zalik.

Sejak bayi dalam kandungan lagi, ibu bapa yang menjadi guru pertama, patut mengamalkan cara hidup mengikut syariat. Anak tentu akan mudah mengikut jejak langkah.

Anak tidak akan solat walaupun dileteri bila dia sendiri tidak nampak ibu bapanya solat. Dia tidak akan suka bersedekah jariah bila bapa pun tidak pernah menyumbang ke tabung masjid.

Jangan ambil mudah mengenai amal ibadah ketika anak-anak masih kecil. Anak-anak adalah saham akhirat kita, yang mendoa dan mengirimkan pahala ketika kita di alam barzakh.

Jom bangkit dari kelalaian. Jangan lagi terleka. Demi masa depan mereka....dan juga kita.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...