Skip to main content

AFFIRMASI MINDA BAWAH SEDAR


APA jua yang disemai dalam minda bawah sedar dan dipupuk dengan pengulangan, suatu hari ia akan jadi kenyataan” — Earl Nightingale

Affirmasi atau ILTIZAM adalah ayat-ayat yang kerap diulang sepanjang hari, yang kemudiannya masuk ke dalam minda bawah sedar, lantas membebaskan kuasa besar bagi merealisasikan niat ucapan dan frasa itu di alam nyata. 

Ini bukan bererti setiap patah kata yang disebut akan membawa hasil. Untuk mencetuskan minda di bawah sedar supaya bertindak, kata-kata itu mesti disebut dengan sepenuh perhatian, niat dan perasaan.

Bagi memperolehi hasil yang positif, iltizam mesti disusun dengan kata-kata yang positif. 


Beberapa Contoh Iltizam Yang Kukuh: 

- “Hari demi hari aku jadi semakin bahagia dan lebih berpuas hati". 

- “Dengan setiap helaaan nafas, jiwaku diisi dengan rasa bahagia”.

- “Kini hidupku dipenuhi cinta yang mewah”.

- “Kuasa & tenaga Kosmos memenuhi hidupku dengan cinta”.

- “Kebijaksanaan & wang mengalir masuk ke dalam hidupku”.

- “Kuasa Minda Sejagat mengisi ruang hidupku dengan kekayaan”. 

- “Kosmos yang berkuasa dan tenaga daya hidupnya mengalir dan memenuhi jiwa ragaku”.

- “Kuasa penyembuhan sentiasa mengisi setiap nukleas & sel tubuhku”.

- “Aku sentiasa tenang dan diri terkawal, dalam setiap situasi dan dalam semua keadaan”.

- “Hariku cemerlang, bahagia dan menawan”. 


3 perkara penting untuk memastikan kejayaan Iltizam: 

1. Sentiasa bercakap dengan diri bawah sedar dalam suasana semasa.

2. Jangan fokus ke atas masalah yang ingin dilepaskan.

3. Gunakan bahasa berasaskan deria, tanpa renungan.

Iltizam adalah kaedah memprogramkan minda bawah sedar. 

Apakah Iltizam kita pagi ini ? 



Iltizamku: 

“Aku sentiasa bersyukur dan hebat 

Aku boleh laksanakan segala perancangan demi kejayaan 

Aku bersedia menerima petunjuk, rahmat, berkat dan rezeki yang melimpah ruah dari ALLAH 

Aku bersedia untuk berjaya, memiliki kejayaan dan berkongsi nikmat kejayaan dengan orang yang memerlukan."




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...