Skip to main content

AMALAN YANG KITA SUKA





KITA ini manusia biasa. Biasa sangat-sangat. Bukan Rasul. Bukan Nabi. Bukan sahabat. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.

Jadi, fahamlah kalau kita punya tahap ibadah tidak setaraf dengan golongan yang disebutkan tadi.
Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat. Ikut kudrat kita, kemampuan kita dan masa kita. Mesti!

Bila sudah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah. Buat sampai jadi sebati dalam diri. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.


Kalau senang pada ilmu, belajarlah
Kalau senang mengaji, mengajilah.
Kalau senang sedekah, sedekahlah.
Kalau senang solat sunat, solatlah
Kalau senang puasa, puasalah.
Kalau senang tolong orang, tolonglah.
Kalau senang zikir, zikirlah.
Kalau senang berjemaah, ikutlah.

Buat dan buat dan buat. Jangan tinggalkan. Biar dia jadi kawan paling rapat kita di mana-manapun. Bila kita tidak tinggalkan dia, dia takkan sampai hati hendak tinggalkan kita.

Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ini. Dengan sahabat baik yang kita tidak pernah tinggalkan ini. HUSNUL KHOTIMAH. Bila sudah ada matlamat, sudah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat. BUAT HINGGA JADI TABIAT.

InsyaAllah!

Comments

Popular posts from this blog

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...