Skip to main content

DENGAN ALLAH HIDUP PASTI TERURUS


USTAZ masuk ke kedai gunting rambut untuk digunting rambutnya yang sudah agak panjang dan merimaskan. 

Ketika rambut sedang dirapi, tukang gunting bersuara, "Saya nak tanya satu soalan. Benarkah Tuhan itu wujud?" 

Ustaz menjawab, "Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, kita pun tak wujud di dunia ni." 

Tukang Gunting bertanya lagi, "Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa masa manusia dapat kesusahan Tuhan tak bantu?"

Ustaz hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu. Saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai". 

Si tukang gunting dengan segera menyiapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapannya.  

Tukang Gunting, "Ok dah siap. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz, "Berapa harga?"

"RM10 sahaja."  

Ustaz  mengeluarkan duit dari dompetnya tanpa sebarang kata. Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz. Tiba-tiba Ustaz masuk semula dan membawa bersama-sama dengannya seorang pengemis yang berambut kusut masai.

Ustaz, "Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni?" 

Tukang Gunting, "Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting." 

"Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus macam ni. Kalau betul wujud tukang gunting sudah tentu rambutnya terurus." 

Tukang Gunting, "Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus."

Ustaz, "Itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi. Manusia yang tak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan, tentu hidup tak terurus, tak seperti rambut yang dijaga." 

Tukang Gunting terus terkedu mendengar jawapan Ustaz dalam keadaan menitiskan air mata.




Hidup kita bergantung kepada pertolongan dari ALLAH. Jangan sesekali anggap kita boleh hidup tanpa bantuan ALLAH. ALLAH tidak memerlukan manusia, tetapi manusia yang memerlukan ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...