Skip to main content

DI MANA KITA SEKARANG


ALHAMDULILLAH kita masih bernyawa lagi hari ini. Bangun pagi dengan nikmat kesihatan, iman dan Islam serta masih mampu bernafas untuk menguruskan urusan duniawi. Senyuman masih mampu kita ukir, bahagia di samping keluarga tersayang.

Pejam celik, pejam celik sudah masuk bulan Jun. Sedar tak sedar hampir setengah tahun kita mengharung dunia dan segala alam yang kita duduki. Ada yang bertarung nyawa di alam pekerjaan. Demi mencari nafkah untuk seisi keluarga. Ada pula yang memerah otak bertarung akal menuntut ilmu di alam universiti dan sekolah. Hanya untuk mendapatkan segulung ijazah dan sekeping sijil dambaan ibu bapa. Ada di kalangan kita yang sedang bertarung emosi dalam alam rumahtangga untuk mengimbangi peranan sebagai suami isteri.

Dan macam-macam lagi kerenah manusia di alam masing-masing. Kerana itu kita semua perlu kembali merujuk ALLAH yang memiliki dan memerintah SELURUH ALAM manusia. Yang telah menetapkan setiap aturan dan peraturan, hukum hakam, perintah dan larangan, petunjuk dan jalan untuk kita melalui Kitab-NYA.

BICARA ALLAH, RASUL DAN KITAB


Mari kita lihat sejauh mana kita istiqomah mendekatkan diri kita kepada ALLAH dan risalah rasul-NYA iaitu al-Quran. Bagaimana hubungan kita dengan semua ini selama kita bernyawa dan hidup di atas segala nikmat kurniaan ALLAH?

Al-Quran berjumlah 6236 ayat. Dibahagi dengan setahun 365 hari kita patutnya sudah pun membaca paling kurang 17 ayat sehari. Andaikata kita istiqomah dan menjadikannya taqwim harian, sepatutnya sehingga hari ini kita sudah pun membaca sebanyak 2562 ayat selama 150 hari kita hidup pada tahun 2020 ini

Ayat ke 2562 terletak pada awal surah Al-Mukminun iaitu ayat pertama surah ke 23 dalam al-Quran yang terletak pada permulaan juzuk ke-18.

Ini hanyalah matematik kanak-kanak sekolah rendah yang melibatkan campur, darab dan bahagi. 17 ayat sehari itu adalah tahap paling rendah dan pemalas bagi seorang yang mengaku beriman dan Islam macam kita.

Surah Al-Fatihah sahaja pun kita sudah ulang baca 17 kali sehari dalam setiap kali solat lima waktu. Apa lagi saranan untuk membaca seluruh isi al-Quran dan menguasai kefahaman daripada isi kandungannya.

Jika sehingga sekarang kita masih jauh tertinggal dari jangkaan sepatutnya, maka kita masih hidup dalam ANGAN-ANGAN mengharapkan syurga ALLAH dengan harapan tua-tua nanti sempatkan qadho balik nak membaca al-Quran. Itu pun belum tentu sempat.

Al-Quran hanya tinggal tulisan yang terbiar isi kandungan dan maksudnya. Anak-anak sudah jauh meninggalkan al-Quran sebagai bacaan kerana ibu bapa sendiri pun sudah tidak kenal al-Quran lagi, lantas MENAFIKAN HAK ALLAH untuk meletakkan Al-Quran di dalam dada.


Ibu bapa sekarang MENGHIDUPKAN jiwa anak-anak dengan siaran televisyen, hiburan, artis, filem, bola, sukan dan sebagainya. Padahal yang benar-benar menghidupkan jiwa ialah Al-Quran, ilmu yang mengatur hidup kita untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. Hiburan menjadikan kita hambanya. ALLAH dibuang daripada menjadi pengatur hidup. Segala perintah dan larangan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul dilanggar.

ADAKAH KITA MASIH BERBANGGA DENGAN HIDUP KITA SEKARANG? Sedangkan kita masih terlalu jauh dari memahami erti dan tujuan hidup dalam mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada segala perintah ALLAH. Di mana kita ketika ini? Dekat atau jauh dengan ALLAH dan Rasul? Layakkah syurga untuk kita?

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu". (Surah al-Israk, 17 ayat 14)



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...