Skip to main content

DIDIKAN DI UNIVERSITI KEHIDUPAN


HATI dan perasaan kita berhak bahagia, tanpa melukakan sesiapa, hatta diri sendiri. Rasulullah S.A.W. pernah ditanya, “Siapakah orang yang paling bahagia?” Baginda menjawab, “Orang paling bahagia ialah orang yang sentiasa membahagiakan orang lain.”

Pernah dengar, “Orang baling batu, kita balas bunga?” Adakah orang yang memberi bunga itu berdiam dan memendam hingga akhirnya tenggelam? Sudah tentu tidak, dia akan terus mekar dan indah bahagianya, kerana dia melepaskan... belajar melepaskan rasa tidak enak dengan memasukkan hal-hal yang baik dan positif. Kita yang mengawal fikiran kita. Dari fikiran akan terlahir tindakan dan emosi sebaik-baiknya. Natijah daripada selalu membahagiakan adalah, dihujungnya..


Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki, dari mana kita belajar ikhlas? Jika semua yang kita impikan segera terwujud, dari mana kita belajar sabar? Jika semua doa kita terus dikabulkan, dari mana kita belajar ikhtiar? Seseorang yang dekat dengan ALLAH bukan bererti tidak ada air mata. Seseorang yang taat dengan ALLAH, bukan bererti tidak ada kekurangan. Seseorang yang tekun berdoa, bukan bererti tidak ada masa-masa sulit. Biarlah ALLAH yang berkuasa ke atas hidup kita, kerana DIA tahu apa dan masa yang tepat untuk sesuatu yang terbaik.

Ketika usaha kita dinilai tidak penting, maka saat itu kita belajar tentang keikhlasan. Ketika hati  sedang terluka sangat dalam, maka saat itu kita belajar memaafkan. Ketika rasa lelah dan kecewa, maka saat itu kita belajar tentang kesungguhan. Ketika rasa sepi dan sendiri, maka saat itu kita sedang belajar tentang ketangguhan. Ketika kita harus membayar biaya yang tidak sepatutnya kita tanggung, maka saat itu kita sedang belajar tentang murah hati.

Tetap sabar, semangat, dan tersenyum, kerana kita sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan. ALLAH meletakkan kita di tempat sekarang bukan kerana kebetulan. Orang hebat tidak dihasilkan dari kemudahan, kesenangan, dan rasa nyaman, sebaliknya dibentuk melalui kesulitan, tentangan, dan air mata.


Yang gemar membantu orang, hidupnya sentiasa dipermudahkan. Yang memiliki sikap belas ihsan, akan disayangi sesama insan. Yang suka menanam "Pohon" kebaikan, dia akan menuai buah kebaikan. Setiap kali kita menyuntik kebaikan kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati orang lain, kita akan mendapat kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati kita sendiri. Kebahagiaan dan ketenangan jiwa tidak akan mampu diberi dengan harta, tapi ia dibeli dengan  kebaikan dan ketaatan.

Bahagiakanlah orang-orang lain, nescaya kita akan menjadi manusia paling bahagia. Hidup kita sebenarnya tak lama. Sebab itu Islam ajar kita hargai seolah-olah kita akan kehilangannya. Hargai masa seolah-olah kita akan berpisah. Hargai usia seolah-olah ini hari terakhir. "HIDUP DI DUNIA HANYA SEKALI. JANGAN DISIA-SIA.



Semoga Allah menyembuhkan segala penyakit, melapangkan fikiran yang sempit, memudahkan urusan yang sulit, memaniskan kehidupan yang pahit, merawat hati yang luka, menghilangkan  kecewa di jiwa.
Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan,  menganugerahkan kekuatan pada setiap kepayahan, senyuman pada setiap tangisan, rahmat pada setiap dugaan dan memakbulkan doa di setiap permintaan.

Semoga semua itu menjadi asbab kepada penghapus dosa-dosa.

Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...