Skip to main content

IMAN BUKAN WARISAN


6 - 1 = 0. Jawapan ini betul.
6 - 1 = 5. Jawapan ini salah.

Angka 6 yang dirujuk di sini ialah ...

6 RUKUN IMAN:
Pertama: Beriman kepada Allah
Kedua: Beriman kepada Malaikat
Ketiga: Beriman kepada Kitab
Kempat: Beriman kepada Rasul
Kelima: Beriman kepada Akhirat
Keenam: Beriman kepada Qadak & Qadar

Kurang 1 Rukun maka runtuhlah Iman.

Menurut Imam Malik dan Imam Syafie, "Iman ialah Tasdiq (yakin) dengan hati, Ikrar dengan lidah dan beramal dengan jasad akan semua tuntutan RUKUN ISLAM.

Iman tidak boleh diwarisi atau dipusakai kerana ia adalah HAK PERIBADI seseorang secara eksklusif. Kerana itulah pada masa ini ramai manusia yang lahir sebagai orang Islam tetapi gagal mengabdikan hidup kepada ALLAH.

6 bentuk paling ramai yang TIDAK BERIMAN:
* MENYEKUTUKAN ALLAH dengan makhluk, tidak yakin dengan kuasa ALLAH, cinta ALLAH dan takdir ILAHI.
* Melihat agama Islam sama seperti agama lain, yang melahirkan fahaman PLURALISME.
* Memilih ALLAH dalam bab yang MEMUDAHKANNYA tetapi meninggalkannya apabila terasa susah.
* TIDAK YAKIN bahawa Islam mampu memberi kebahagiaan. Hasilnya melihat Islam hanya dari segi ibadah khusus dan bukan sebagai jalan hidup.
* Percaya pada HARI AKHIRAT tetapi tidak yakin akan kewujudannya.
* Percaya bahawa KEMATIAN masih jauh.   



Ada yang berkata, " Kalaulah aku dapat hidup pada zaman Rasulullah, tentu akulah yang pertama yang akan berjuang untuk baginda."
Benarkah begitu?

Abu Lahab dan Abu Jahal itu bapa saudara Nabi sendiri tapi mereka menentang baginda.
Asiah beriman dengan ALLAH hingga ke saat mati dibunuh oleh suaminya, Firaun, penderhaka ALLAH yang menentang Nabi Musa. Isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut ingkar kepada ALLAH hingga ke saat akhir.

Ini membuktikan IMAN bukanlah warisan yang boleh menentukan seseorang itu mukmin atau tidak.



TIP KUATKAN IMAN

* Merapatkan diri, memahami dan berusaha MENGAMALKAN AL QURAN dalam setiap tindak tanduk dan amalan.
* ISTIQAMAH dengan ibadah fardu dan sunat kepada ALLAH S.W.T.
* IBADAH kepada ALLAH bukan bermusim. Ia mesti dilakukan dalam apa jua keadaan, walau senang atau susah, sihat atau sakit.
* Berada di dalam JEMAAH ISLAM yang boleh menegur, membimbing dan memandu ke arah iman yang hakiki.
* Menggunakan segala NIKMAT dunia ke arah memudahkan ibadah kepada ALLAH, Tidak memandang dunia sebagai sesuatu yang menyeronokkan semata-mata dan ingin kekal bersamanya.
* Sentiasa MUHASABAH diri agar tetap pendirian dan diberikan petunjuk ke arah jalan kebenaran.
* Jangan sesekali PUTUS ASA dengan cinta ALLAH kerana DIA akan lebih mencintai hamba yang mencintai-NYA. 


ORANG BERIMAN YANG BERUNTUNG
  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 
  2. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. 
  3. Dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.
  4. Dan orang yang menunaikan zakat, 
  5. Dan orang menjaga kemaluannya, 
  6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. 
  7. Tetapi barang siapa mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas
  8. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihata amanah dan janjinya. 
  9. Serta orang yang memelihara solatnya. 
  10. Mereka itulah orang yang akan mewarisi, 
  11. (Yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalanya."
(Surah Al Mukminun # 1-11)


Ilmu ibarat air mengalir dari tempat TINGGI ke tempat yang lebih RENDAH. Ilmu tidak akan pernah mengalir kepada si TINGGI HATI. Begitu juga HIDAYAH ALLAH.

Ketenangan adalah HADIAH DARI ALLAH.Walaupun kehidupan sedang digoncang badai dan taufan, hati masih tetap berdiri dan bertahan. Tidak melatah dengan cobaan, tidak goyah dihentak ujian.
ALHAMDULILLAH.




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...