Skip to main content

IMAN - WARANTI ALLAH


CUBA bayangkan. Sudah berapa banyak langkah kita yang telah tersilap. Sudah berapa kalikah ujian dan musibah datang menimpa kita? 

Dalam keadaan hampir putus asa kerana tidak ketemu jalan keluar, kita datang mengadu kepada-NYA, memohon dan mengharapkan bantuan-NYA. 

Adakah DIA membiarkan kita dalam keadaan buntu seperti itu? Sekali-kali tidak. Dikutip-NYA hati kita yang hancur berderai, dicantum dan disembuhkan hati kita dengan KEAMPUNAN, dihantarkan-NYA bantuan dari arah yang tidak disangka-sangka.

Kita memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kepada-NYA. Kita menuruti segala perintah-NYA dan meninggalkan semua larangan. Kita faham di akal kita dan kita sedar di hati kita bahawa semua bantuan itu datang dengan waranti dan jaminan bernama IMAN.


ALLAH membeli jiwa dan harta kita bila DIA berfirman: 

"WAHAI JIWA YANG TENANG! 
KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN HATI YANG REDHA DAN DIREDHAI-NYA. 
MAKA MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBA-KU. 
DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU."
(Surah Al Fajr ayat 27-30).


Siapa yang mencari ilmu agama, maka syurga akan mencarinya.. 
Siapa yang mencari maksiat, maka neraka akan mencarinya.. 
Barang siapa bersandar pada harta, ia akan miskin.. 
Barang siapa bersandar pada harga diri, ia akan hina.. 
Barang siapa bersandar pada akalnya, ia akan tersesat.. 
Namun barang siapa bersandar pada Allah, sesungguhnya ia tak pernah miskin, hina, dan sesat.

[Saidina Ali bin Abi Talib]

CARILAH KEKUATAN DALAM IMAN 

Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...