Skip to main content

ISTERI HABISKAN DUIT SUAMI

PERKONGSIAN DARI FB FIRDAUS SYAKIRIN


Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya... 

Dulu, isteri saya seorang wanita bekerjaya, ada pendapatan tetap, gaji bersihnya hampir 3k setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri kedua-duanya bekerja... dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga. Selesa, tak pernah rasa sesak duit waktu tengah bulan. 

Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta pada dia. Kemudian hadirlah nafsu untuk tukar HP, tukar sport rim, modify kereta dan sebagainya. Tidak tanya isteri, terus buat keputusan sendiri.

Balik rumah dengan HP baru, sport rim baru, isteri berleterlah sekejap, lepas itu dia cool. Bulan yang guna duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka minta duit isteri. Isteri bagi jugak la, tapi siap dengan pakej berleter.

Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih bayi tu, isteri ambil cuti untuk jaga sementara mencari pengasuh baru. Kami berbincang dari hati ke hati. Saya tak bersedia lagi untuk isteri berhenti kerja sebab komitmen bulanan masih sama. Itu pelan dengan gaji 2 orang. Tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan terbaik adalah berhenti kerja, duduk di rumah, uruskan anak-anak sebab anak-anak dah nak mula sekolah.

Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukupkah gaji seorang saja ni. Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan. Komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah plak dengan yuran sekolah untuk setiap anak. Sepanjang 4 tahun ini dia menghabiskan duit suaminya. Peliknya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS...

Ajaib, kan aturan Allah, semuanya suami beli, suami sediakan, tapi rezeki suami makin murah,  mencurah-curah ... Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja... bonus suami pun banyak. Rupa-rupanya, tak miskin suami yang tanggung isteri sepenuhnya. Tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri. Sepanjang 4 tahun ni juga, ALLAH beri kesihatan yang cukup baik kepada saya, jarang sakit untuk keluar mencari rezeki buat keluarga. 

Setiap urusan rasa mudah dan setiap kali bekerja hati rasa tenang. Walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga, tapi ia tak menyebabkan diri rasa DUIT TAK CUKUP.

ALLAH S.W.T. tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-NYA yang menjalankan tanggungjawab  yang diamanahkan kepadanya untuk DITUNAIKAN...

Kata Prof Muhaya:

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suami, maka cantiklah isteri. Elok suami, eloklah juga isteri. Beriman suami maka beriman pula isteri. Ahli syurga suami maka isteri jua ahli syurga . Begitu juga sebaliknya.

Wahai sang suami, jika kamu merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya, maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya membimbingnya menjadi perempuan solehah" . 

Insha ALLAH




  

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...