Skip to main content

KEMENANGAN


"KITA akan menang! Jangan gentar," kata panglima perang kepada anggota tenteranya.

"Macam mana nak menang? Musuh ramai, senjata mereka canggih," kata seorang pemimpin bawahan.

"Betul. Tapi kita ada kekuatan rahsia. Sebab tulah kita akan menang."

"Kekuatan rahsia yang macam mana?"

"Dalam perjalanan ke medan perang nanti kita akan singgah di sebuah masjid. Imam masjid tu terkenal dengan kesolehannya. Dia akan memberi kekuatan rahsia tu pada tentera kita."

Sesampai di masjid berkenaan, mereka menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat hajat. Kemudian panglima besar memerintahkan ketua-ketua tenteranya ke hadapan mihrab untuk bertemu imam yang dimaksudkan, seorang demi seorang.

"Saya akan berikan kamu segulung kain yang kecil. Lekatkan kain ni pada panji-panji pasukan kamu. InsyaAllah, Allah akan berikan bantuan-Nya," kata imam yang berwajah bersih dan tenang itu.

Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan tentera yang terlibat berbuat seperti yang diminta oleh imam. Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke medan perang.

Dalam peperangan itu, setiap anggota tentera berperang dengan penuh semangat. Akhirnya, mereka telah mencapai kemenangan.

Masing-masing takjub dan hairan dengan kesan kain yang mereka bawa.

"Kalau nak tahu rahsianya bukalah gulungan kain tu," kata panglima perang.

"Tuan, tak ada apa-apapun, cuma kain kosong!" 

"Ya, memang kain kosong, bukan kain ajaib. Kita menang bukan sebab keajaiban kain ni. KITA MENANG SEBAB KITA YAKIN KITA BOLEH MENANG DAN ALLAH SENTIASA MEMBERI PERTOLONGAN-NYA KEPADA HAMBA-HAMBA YANG YAKIN!"


Acapkali kita teralpa bisa duri yang terselindung di sebalik bunga. Juga terleka dengan hamparan baldu yang lembut dan halus sedangkan di bawahnya ada belati paling tajam. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kadang-kadang  dikilas dalam diam dan dendam.

Pun begitu, tetaplah berlaku jujur walau dituduh bodoh. Jangan korbankan jalan yang benar hanya untuk mencapai kemenangan. Biar kalah, jangan salah. Percayalah, kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi ALLAH!

Selesaikanlah dulu urusan kita dengan ALLAH. Nescaya, ALLAH akan bantu urusan kita dengan manusia. SESIAPA YANG MEMBURU AKHIRAT, DUNIA AKAN MELUTUT DI KAKINYA!

Keyakinan yang jitu dan tawakal kepada bantuan ALLAH adalah kekuatan luar biasa yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kekuatan dan kehebatan lahiriah semata-mata. 

Orang yang yakin sentiasa memaksimumkan apa jua sumber yang ada pada diri. Justeru, berjihadlah  dan perangilah kemungkaran dan kebatilan yang wujud pada masa kini - rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, penipuan, penindasan, kezaliman yang berleluasa "from top to bottom.



Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...